Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Saudia Airlines jamin makan minum jemaah haji terpelihara sepanjang penerbangan

Kebajikan dan keselesaan jemaah haji dijaga rapi sepanjang penerbangan ke tanah suci untuk mengurangkan sebarang kesulitan yang mungkin dihadapi.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAMediacorp: Kebajikan dan keselesaan jemaah haji dijaga rapi sepanjang penerbangan ke tanah suci untuk mengurangkan sebarang kesulitan yang mungkin dihadapi.

Lantas, sajian menu makanan pihak Saudia Airlines dijamin berkhasiat dan dicuba serta diperiksa sendiri ejen-ejen haji atau GSA bagi memastikan ia sesuai bagi keperluan kesihatan para jemaah untuk menyempurnakan ibadah.

Hidangan citarasa tempatan bertaraf antarabangsa.

Itulah yang djanjikan pesawat Saudia Airlines untuk para jemaah haji tahun ini.

Sekitar 15 anggota GSA bersama Duta Besar Arab Saudi ke Singapura, Encik Saad Salleh AlSaleh berpeluang mengikuti sajian menu makanan bagi musim haji kali ini.

Para jemaah akan menerima sajian utama sebanyak dua kali sepanjang penerbangan sembilan jam ke Jeddah.

Mereka dapat memilih menu dari dua pilihan yakni beriani ayam atau nasi goreng bersama sate ayam atau mi pad thai.

Yang pasti, semua makanan dan minuman yang disajikan lulus piawai antarabangsa.

"Apa yang jemaah utarakan, mereka perlukan nasi. Kadang-kadang mereka bilang mereka hendak nasi, nasi habis. Jadi kita akan komen kepada pihak Saudia – kita hendak nasi 90% ataupun 80%, yang lain 10% kita masukkan roti ataupun mi. Akan ada jemaah, mereka lebih senang dengan nasi kerana ia tahan. Jadi Alhamdulillah sejauh ini, apa yang kita utarakan kepada pihak Saudia, mereka utamakan," kata Cik Noraini Nordin, Pengarah Hahnemann Travel.

Semua faktor itu, di samping rasa terutamanya, diambil kira secara teliti oleh dapur penerbangan DNATA yang bertanggungjawab untuk menyediakan khidmat katering bagi Saudia Airlines.

"Jadi kita juga ada syorkan dengan katering tadi supaya kasilah beras yang kita minta, beras basmati. Jadi semuanya okay. Kalau pandangan semua tentang makanan, saya ingat nasi beriani lebih selera bagi jemaah," kata Encik Abdul Rahim, Pengarah Pengurusan Noor Hikmah.

Hidangan-hidangan tersebut akan disajikan dalam penerbangan Saudia Airlines sepanjang sebulan mulai 1 hari bulan Ogos ini.

Dalam acara yang sama, para GSA juga diberi taklimat mengenai syarat-syarat dan proses pra-pendaftaran penerbangan untuk dipatuhi agar semua urusan dapat berjalan lancar semasa perjalanan ke tanah suci. 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan