Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Satu pusat tawar program terapi seni dibuka di Hab Tampines Kita

Usaha-usaha sedang dijalankan di Singapura bagi menjadikan terapi seni lebih mudah diakses para pesakit dengan masalah kesihatan mental.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Dec 2018 08:50PM Dikemas Kini : 01 Dec 2018 09:35PM

SINGAPURA: Usaha-usaha sedang dijalankan di Singapura bagi menjadikan terapi seni lebih mudah diakses para pesakit dengan masalah kesihatan mental.

Selaras dengan usaha itu, Persatuan Kesihatan Mental Singapura melancarkan Hab Kreatif MINDSET supaya program-program sukan dan terapi seni dibawa lebih dekat kepada masyarakat.

Sepanjang tempoh tujuh tahun lalu, Persatuan Kesihatan Mental Singapura menyediakan khidmat kepada lebih 3,800 orang melalui program-program khidmat kreatifnya.

Ia sudah menyaksikan sendiri kesan elemen seni terhadap mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental.

Pusat baru di Hab Tampines Kita itu akan menjadi sebahagian daripada satu ekosistem agensi-agensi khidmat awam dalam bangunan tersebut yang antaranya adalah Workforce Singapore dan ActiveSG.

Semasa melancarkan pusat itu hari ini (1 Dis), Presiden Halimah Yacob turut mengajak orang ramai supaya bekerjasama bagi mengatasi stigma-stigma terhadap masalah kesihatan mental.

"Seni dan warisan mampu menghubungkan masyarakat-masyarakat dan mengukuhkan hubungan sosial. Dua aspek ini juga mempunyai potensi besar untuk memecahkan benteng yang wujud kerana adanya stigma dalam masyarakat, dan membawa kesan baik terhadap kesihatan mental kita," katanya.

Beliau turut menggesa masyarakat supaya menerima cara-cara baru bagi menunjukkan empati terhadap isu-isu kesihatan mental.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan