Images
  • down

Satu program dan pusat latihan baru dilancar April bagi golongan Sindrom Down

SINGAPURA: Satu program dan pusat latihan baru akan dilancarkan bulan depan bagi golongan dewasa muda yang mengalami Sindrom Down menjalani latihan kemahiran hidup.

Persatuan Sindrom Down Singapura mengumumkan rancangan itu semasa acara tahunan sempena Hari Sindrom Down Sedunia hari ini (16 Mac).

Lebih 650 peserta menyertai acara berjalan beramai-ramai yang dirasmikan Menteri Pendidikan Ong Ye Kung di Our Tampines Hab.

Acara tahunan anjuran Persatuan Sindrom Down Singapura itu turut menampilkan satu karnival keluarga dan persembahan tarian oleh pertubuhan itu.

Bertemakan "Leave No One Behind", acara itu bertujuan menekankan pentingnya mendakap perbezaan antara satu sama lain.

Demi meningkatkan sokongan bagi golongan Sindrom Down, sebuah Pusat Latihan dan Kehidupan Berdikari Bebas di Telok Blangah Crescent akan dilancarkan oleh persatuan itu pada 27 April depan.

Pusat latihan dan program baru itu memberi peluang kepada golongan dewasa muda Sindrom Down berlatih dan mengamalkan kemahiran hidup seperti menyiapkan makanan dan menggosok pakaian.

Menurut persatuan itu, sekitar 20 hingga 30 bayi dilahirkan dengan mengalami Sindrom Down di Singapura setiap tahun. 

- CNA/HA/na

Top