Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sasaran MINDEF pastikan tiada kematian dalam latihan tidak realistik, kata Pritam Singh

Sasaran Kementerian Pertahanan baru-baru ini untuk mencapai sifar kemalangan dalam latihan tidak realistik kerana terdapat banyak risiko dalam latihan tentera, kata ketua Parti Pekerja Pritam Singh.

Anggaran Waktu Membaca:
Sasaran MINDEF pastikan tiada kematian dalam latihan tidak realistik, kata Pritam Singh

Encik Pritam Singh di Parlimen pada 11 Feb.

Diterbitkan : 12 Feb 2019 08:38AM Dikemas Kini : 12 Feb 2019 08:40AM

SINGAPURA: Sasaran Kementerian Pertahanan baru-baru ini untuk mencapai sifar kemalangan dalam latihan tidak realistik kerana terdapat banyak risiko dalam latihan tentera, kata ketua Parti Pekerja Pritam Singh.

Bercakap di Parlimen tentang usul bagi penangguhan sidang berkaitan keselamatan latihan dalam Perkhidmatan Negara, Encik Singh berkata, naratif MINDEF kelihatan seperti sudah beralih kepada "pemikiran sifar-kemalangan" selepas kematian askar kerahan Aloysius Pang.

"Disebabkan jangkaan itu, setiap kali kematian dalam latihan berlaku, orang awam akan meletakkkan tekanan terhadap MINDEF dan para komander SAF sehingga ia bukan sahaja akan menjejas SAF tetapi juga institusi Perkhidmatan Negara," kata Encik Singh.

Meskipun jelas "pemikiran sifar-kemalangan" MINDEF, menghantar isyarat bahawa ia memandang serius isu keselamatan, orang ramai akan menumpukan perhatian kepada perkataan "sifar" dan ia satu matlamat yang tidak boleh dicapai, walaupun dalam industri-industri dengan piawai keselamatan ketat, kata Encik Singh.

"Tiada pertubuhan, apa lagi yang mempertahankan negara dan kedaulatannya, boleh secara realistik menjamin tiada kemalangan jiwa atau insiden semasa latihan. Ini meskipun keselamatan sangat diutamakan dalam SAF dan MINDEF," tambah beliau.

SASARAN BERI ISYARAT KELEMAHAN KESELAMATAN TIDAK AKAN DITERIMA

Memberi responsnya, Menteri Pertahanan Ng Eng Heng mengakui bahawa meskipun sasaran sifar-kematian adalah "sangat sukar" dan mungkin "tidak dapat dicapai" MINDEF masih perlu menetapkan sasaran itu.

"Daripada pengalaman kami sendiri, beberapa tahun diperlukan untuk mencapainya. Ada sesiapa yang dapat beri jaminan tiada kemalangan jiwa akan berlaku pada masa hadapan? Pastinya tidak," kata Dr Ng.

"Namun matlamat itu mengingatkan setiap komander dan askar supaya menuju sasaran tersebut dan lebih berhati-hati dalam setiap langkah yang diambil. Kelemahan keselamatan tidak akan diterima dan keselamatan akan terus diutamakan kerana akhirnya, mereka ingin melatih para askar dan ingin mereka selamat serta dapat mempertahankan Singapura apabila perlu," tambah Dr Ng.

BENARKAN ASKAR BUAT TUNTUTAN MAHKAMAH TERHADAP KELEMAHAN KESELAMATAN

Di samping itu, Encik Singh juga menyarankan supaya Seksyen 14 Akta Prosiding Pemerintah disemak supaya para askar boleh memfailkan tuntutan sivil sekiranya berlaku "pelanggaran keselamatan yang serius" oleh MINDEF atau seorang komander yang cuai.

Itu "akan meletakkan keselamatan sebagai teras dalam misi masa aman SAF" dan membuka ruang bagi Pemerintah memastikan kebertanggungjawapan protokol serta proses-proses, katanya.

Encik Singh selanjutnya berkata, pengecualian mungkin boleh diberikan dalam Seksyen 14 atas sebab keselamatan latihan jika komander bertindak cuai, berniat jahat atau menunjukkan beliau tidak mengutamakan keselamatan.

Beliau menambah, perubahan seperti itu akan menjadikan institusi Perkhidmatan Negara lebih bertanggungjawab dan bukan menjejasnya.

Dr Ng mengatakan bahawa kenyataan Encik Singh "satu hujah yang menyeleweng" dan "tidak tepat" kerana MINDEF memastikan para komander dipertanggungjawabkan semasa pendakwaan jenayah.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan