Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sasaran baru panel kuasa suria tidak mungkin kurangkan bil elektrik pengguna: Pakar

Penggunaan meningkat panel suria di Singapura mungkin tidak bermakna bil elektrik lebih rendah.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Nov 2019 06:24PM Dikemas Kini : 07 Nov 2019 10:09PM

SINGAPURA: Penggunaan meningkat panel suria di Singapura mungkin tidak bermakna bil elektrik lebih rendah.

Pakar-pakar yang ditemui mengatakan keadaan pasaran, seperti berapa mantapkah bekalan cahaya matahari, akan menjejas harga.

Seorang pemilik rumah, Encik Adrian Tan, berkata sejak beliau memasang 37 panel suria di bumbung rumahnya, bil elektrik berkurangan.

Ini kerana sistem dipasang menjana lebih banyak bekalan elektrik daripada yang diperlukan.

Beliau menjual semula baki tenaga tersebut kepada grid penyimpanan tenaga suria, yang kemudian membayarnya balik S$50 atau S$60 sebulan.

Matlamat pemerintah untuk memasang panel-panel sedemikan di 50 peratus flat HDB menjelang 2020 adalah sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan penggunaan tenaga bersih.

Bagaimanapun, ini tidak bermakna para penduduk dapat menjimatkan bil elektrik.

Seorang pakar Institut Penyelidikan Tenaga Suria berkata sistem yang digunakan di perumahan HDB tidak akan memberi penjimatan langsung kepada para penduduk.

Ini kerana bekalan kuasa suria yang dijana dari bumbung flat-flat HDB akan digunakan sebahagian besarnya untuk kawasan-kawasan kegunaan bersama.

Lebihannya pula akan disalurkan semula kepada grid penyimpanan bekalan.

Kos penyenggaran untuk menyimpan lebihan tenaga suria juga tinggi.

Para pemain industri menyatakan sistem perbekalan yang berlainan juga bermakna harga kuasa suria mungkin turun naik.

Namun pada jangka panjang, Institut Penyelidikan Tenaga Suria menjangkakan kos penjanaan tenaga suria akan berkurangan 30 peratus menjelang 2030 dan 40 peratus pada 2050.  

Sumber : CNA/MM/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan