Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Saranan-saranan untuk redakan pertikaian maritim, langkah pertama yang akan ambil masa panjang; Vivian Balakrishnan

Perjanjian antara Singapura dengan Malaysia untuk melaksanakan langkah-langkah bagi meredakan pertikaian maritim adalah satu tindakan yang positif. 

Anggaran Waktu Membaca:
Saranan-saranan untuk redakan pertikaian maritim, langkah pertama yang akan ambil masa panjang; Vivian Balakrishnan

Dr Vivian Balakrishnan.

Diterbitkan : 15 Mar 2019 05:00PM Dikemas Kini : 15 Mar 2019 05:05PM

PUTRAJAYA: Perjanjian antara Singapura dengan Malaysia untuk melaksanakan langkah-langkah bagi meredakan pertikaian maritim adalah satu tindakan yang positif. Bagaimanapun ia hanya satu langkah ke arah menghuraikan isu-isu dua hala itu. Demikian menurut Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan pada Khamis (14 Mac).

Dr Balakrishnan berkata demikian kepada media Singapura selepas mengadakan satu sidang media bersama dengan rakan sejawatannya dari Malaysia, Encik Saifuddin Abdullah di Putrajaya. Kedua-dua pemimpin itu mengumumkan perjanjian untuk melaksanakan lima langkah yang disarankan kumpulan kerja kedua-dua negara.

Langkah-langkah itu termasuk menggantung pelaksanaan had pelabuhan bertindih, menggantung kegiatan-kegiatan komersil serta persetujuan untuk tidak membenarkan kapal-kapal pemerintah berlabuh di kawasan yang dipertikaikan itu.

Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi pembatasan sempadan, yang akan akan memastikan saranan-saranan yang diusulkan dilaksanakan dalam tempoh sebulan. Setelah itu, rundingan bagi pembatasan sempadan di kawasan tersebut akan dimulakan.

Menurut Dr Balakrishnan sekiranya saranan-saranan itu dilaksanakan, kapal-kapal Malaysia harus meninggalkan kawasan itu dan keadaan "kembali kepada keadaan sebelumnya".

"Objektif utama di sini adalah untuk meredakan keadaan, bagi memastikan risiko kejadian-kejadian yang tidak diingini dapat dikurangkan daripada berlaku.

"Setelah kami dapat berbuat demikian, barulah rundingan mengenai pembatasan sempadan boleh dimulakan," menurut Dr Balakrishnan. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan