Images
  • idc signing

Saluran Data Antarabangsa tingkat keterhubungan S'pura-Chongqing

SINGAPURA: Singapura dan bandar Chongqing, meningkatkan lagi kerjasama dengan melancarkan saluran data khusus sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk mempercepat pertumbuhan ekonomi di barat China.

Saluran itu akan menjadi hubungan data secara langsung China dengan sebuah negara lain dan akan meningkatkan peluang perniagaan bagi syarikat-syarikat telko Singapura di barat China.

Saluran Data Antarabangsa (IDC) itu akan meningkatkan lagi pautan data berkelajuan tinggi antara
Singapura dengan Chongqing.

12 Memorandum Persefahaman (MOU) berkaitan IDC ditandantangani kedua-dua pihak hari ini (11 Sep).

Antaranya - melibatkan SingTel dan Starhub dengan tiga syarikat telko China.

Syarikat-syarikat tersebut akan bekerjasama untuk menawarkan pautan data di tujuh taman perusahaan di Chongqing dan di Singapura.

Tujuh syarikat Chongqing dalam pelbagai sektor juga bersetuju untuk menggunakan IDC apabila mereka meluaskan perniagaan ke pasaran Singapura.

Projek tersebut adalah sebahagian daripada Inisiatif Ketersambungan Chongqing bagi merangsang pertumbuhan di barat China.

Setiausaha Parti Komunis China di Chongqing Chen Min'er bersetuju Inisiatif tersebut telah menjadi "jambatan bagi mempererat kerjasama antara Chongqing dengan Singapura."

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing pula berkata, pusingan kerjasama seterusnya adalah untuk meningkatkan lagi persefahaman dalam kalangan para pemimpin menerusi pertukaran lawatan lebih kerap. 

- CNA/MM/tq

Top