Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Salah dari segi fakta, undang-undang' jika anggap pembeli flat HDB bukan pemilik tapi penyewa, tegas Lawrence Wong

Dakwaan-dakwaan bahawa para pembeli flat HDB tidak memiliki flat mereka sendiri tetapi semata-mata menyewanya adalah "salah dari segi fakta dan undang-undang", kata Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Sep 2018 01:44PM Dikemas Kini : 05 Sep 2018 04:17PM

SINGAPURA: Dakwaan-dakwaan bahawa para pembeli flat HDB tidak memiliki flat mereka sendiri tetapi semata-mata menyewanya adalah "salah dari segi fakta dan undang-undang", kata Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong.

Tiada asas untuk menyokong dakwaan tersebut, kata Encik Wong semasa berucap di sebuah forum HDB bagi karyawan bangunan hari ini (4 Sep).

Encik Wong menambah bahawa semua pembeli hartanah pegangan pajak, sama ada privet atau awam, mempunyai hak pemilikan ke atas hartanah masing-masing sepanjang tempoh sewa.

Mereka juga boleh menjual hartanah mereka dan meraih keuntungan daripada penjualan itu, atau menyewakan hartanah tersebut jika mereka memilih untuk berbuat demikian, kata beliau sambil menambah bahawa "adalah penting untuk memperbetulkan sebarang salah tanggap".

"Sejak program penjualan tanah Pemerintah dimulakan pada 1967, semua tapak kediaman privet sudahpun dijual dengan tempoh pajakan tidak melebihi 99 tahun.

"Kami mempunyai ruang yang terhad dan harus mengitar semula tanah untuk membina rumah bagi generasi-generasi seterusnya," kata Encik Wong.

Perumahan awam adalah satu topik yang amat dekat di hati rakyat Singapura, tambah beliau sambil memberi amaran bahawa perbahasan mengenai isu itu "mesti berdasarkan fakta dan bukan maklumat yang salah atau maklumat yang tidak tepat.

Meskipun para individu mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza mengenai dasar-dasar perumahan, Encik Wong berkata Pemerintah mengalu-alukan pandangan bagi meningkatkan dasar-dasar tersebut.

Usaha memperkukuhkan institusi perumahan awam dan pemilikan rumah tidak boleh dilakukan secara sendirian oleh Pemerintah, kata beliau. Ia memerlukan kerjasama rakyat Singapura, tambah Encik Wong.

Semasa lawatannya ke Hab HDB, Encik Wong juga mengumumkann pelancaran Panduan Reka Bentuk Bandar bagi mengukuhkan identiti bandar-bandar HDB. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan