Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Saintis SingHealth DUKE-NUS kaji manfaat tumbuh-tumbuhan serantau rawat penyakit kronik

Memanfaatkan tumbuh-tumbuhan serta ekosistem alam bagi mencegah dan mengubati penyakit.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Sep 2021 08:29PM Dikemas Kini : 17 Sep 2021 09:30PM

SINGAPURA: Memanfaatkan tumbuh-tumbuhan serta ekosistem alam bagi mencegah dan mengubati penyakit.

Inilah matlamat para saintis di Institut Perubatan Kepelbagaian Bio SingHealth DUKE-NUS yang baru.

Dilancarkan siang tadi (17 Sep), institut tersebut menggunakan teknologi terkini bagi memanfaatkan komponen tumbuh-tumbuhan untuk merawat penyakit seperti kencing manis.

Institut itu bakal membangunkan taman seluas 12 ribu meter persegi, bagi mengkaji pelbagai spesis tumbuh-tumbuhan yang terdapat di rantau ini.

Ia juga merupakan sebahagian daripada usaha Singapura mengatasi cabaran kesihatan jangka panjang.

Kini terdapat kesedaran yang lebih mendalam tentang penyakit kronik, yang sering menyebabkan kes COVID-19 bertambah parah. Ada yang menggunakan istilah krisis Akut-Kronik.

Ekoran tekanan yang timbul akibat pandemik, ramai yang semakin sedar tentang peranan kesejahteraan individu serta isu kesihatan mental.

Sumber : CNA/IQ/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan