Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Saintis S'pura hasilkan kit ujian kendiri ART gunakan sampel air liur

Sebuah pasukan saintis di Singapura menghasilkan kit ujian pantas antigen (ART) yang baru. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Dec 2021 10:00PM Dikemas Kini : 09 Dec 2021 12:09AM

SINGAPURA: Sebuah pasukan saintis di Singapura menghasilkan kit ujian pantas antigen (ART) yang baru.

Ia dipercayai sama sensitif seperti ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) dalam mengesan virus COVID-19.

Kit ujian ART kendiri itu hanya memerlukan sampel air liur. Namun tidak seperti ujian berasaskan air liur yang lain, keupayaannya untuk mengesan COVID-19 tidak akan terjejas meskipun selepas makan atau minum.

Ini kerana ia menggunakan sejenis teknik yang boleh mengesan jangkitan COVID-19 meskipun terdapat jumlah virus yang rendah.

Duke-Universiti Nasional Singapura dan SingHealth sedang bekerjasama dengan syarikat tempatan, Digital Life Line, untuk memasarkan kit ujian tersebut.

Kit-kit itu diharap dapat dihasilkan antara tiga hingga enam bulan.

Pasukan itu menyatakan kit yang dihasilkannya juga boleh menangani varian koronavirus yang baru muncul.

Ini kerana ia mengandungi protin ACE-2 yang didapati di dalam badan manusia - sesuatu yang dipaut virus tersebut untuk menyerang sel manusia.  

Sumber : CNA/AI/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan