Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Saintis S'pura cipta kit ujian malaria; kesan jangkitan dalam 30 minit

Sekumpulan penyelidik Singapura menghasilkan sebuah kit ujian baru yang dapat mengesan malaria dalam masa 30 minit, walaupun pada tahap awal jangkitan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Jun 2021 07:59PM Dikemas Kini : 29 Jun 2021 09:06PM

SINGAPURA: Sekumpulan penyelidik Singapura menghasilkan sebuah kit ujian baru yang dapat mengesan malaria dalam masa 30 minit, walaupun pada tahap awal jangkitan.

Menurut ahli sains di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), kit tersebut mudah untuk digunakan dan hanya berharga sekitar AS$1 (S$1.30).

Ini dapat membantu mengekang penularan penyakit yang merebak melalui nyamuk, terutama sekali di negara-negara membangun.

Mentelah lagi, kit ujian tersebut tidak memerlukan peralatan rumit ataupun latihan yang luas untuk menggunakannya.

Air harus dicampur dengan spesimen darah, untuk mendedahkan sebarang parasit malaria yang ada.

Tompok-tompok kimia dan pengesan cahaya kemudian boleh mengesan bahan yang terbentuk selepas darah diserap parasit.

Selain itu kit berkenaan juga boleh mengira jumlah parasit yang ada lantas membolehkan kemajuan pesakit dipantau.

Terdapat juga rancangan untuk memperbaiki lagi kit ujian malaria tersebut.

Sumber : CNA/IA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan