Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Saintis NUS temui mekanisme baru pembentukan barah bagi rawatan lebih berkesan

Para saintis di Universiti Nasional Singapura (NUS) membuat penemuan mekanisme pembentukan barah yang tidak diketahui sebelum ini. Pemahamannya boleh menghasilkan rawatan yang lebih berkesan, menurut universiti itu pada Khamis (14 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Saintis NUS temui mekanisme baru pembentukan barah bagi rawatan lebih berkesan

(Gambar: NUS)

Diterbitkan : 15 Jan 2021 12:18AM Dikemas Kini : 15 Jan 2021 12:22AM

SINGAPURA: Para saintis di Universiti Nasional Singapura (NUS) membuat penemuan mekanisme pembentukan barah yang tidak diketahui sebelum ini. Pemahamannya boleh menghasilkan rawatan yang lebih berkesan, menurut universiti itu pada Khamis (14 Jan).

Kajian tersebut melibatkan 125 pesakit barah hati, yang menjalani proses "RNA editing" yakni satu proses molekul di mana beberapa sel dapat membuat perubahan pada urutan protein tertentu.

Kajian itu menyelidik proses RNA yang menukar protein COPA, yang mempengaruhi pembentukan barah dalam hati, esofagus, perut dan payu dara.

Kumpulan kajian itu meneliti tisu hati yang mengandungi sel barah untuk mengetahui sama ada RNA yang dipindahkan daripada gen COPA telah diubah.

Mereka mendapati bahawa bagi sebarang sel, ia mengandungi campuran versi COPA yang telah diubah dan asli.

Kumpulan kajian itu kini sedang mencari cara untuk merangsang mekanisme RNA dalam sel-sel barah bagi lebih menyokong versi yang sudah diubah, sekali gus mengawal barah tersebut, menurut universiti itu.

Penemuan oleh kumpulan penyelidik itu, yang diketuai oleh Dr Polly Leilei Chen dari Institut Sains Barah Singapura dan Sekolah Perubatan Yong Loo Lin, diterbitkan dalam Jurnal Hepatologi pada Julai 2020.

Sumber : CNA/NA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan