Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Saintis NUS hasilkan minuman probiotik daripada sisa soya

Okara - sisa daripada penghasilan susu soya dan tauhu biasanya dibuang sahaja kerana rasa dan baunya yang tidak menyenangkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Aug 2018 08:53PM Dikemas Kini : 27 Aug 2018 10:25PM

SINGAPURA: Okara - sisa daripada penghasilan susu soya dan tauhu biasanya dibuang sahaja kerana rasa dan baunya yang tidak menyenangkan.

Bagaimanapun, para saintis makanan di Universiti Nasional Singapura (NUS) sudah menemui cara untuk mengubah Okara kepada minuman probiotik yang sihat.

Setiap tahun, kira-kira 10,000 tan okara dihasilkan di Singapura dan 80 peratus daripadanya dibuang.

Bagi mengurangkan pembuangan sisa itu, para penyelidik NUS menghabiskan masa selama setahun untuk menghasilkan resipi yang dapat mengubah okara menjadi minuman sihat.

Selepas melakukan uji cuba menggunakan 10 jenis ragi dan empat enzim berbeza, okara berhasil dijadikan minuman probiotik yang dikatakan baik untuk kesihatan perut.

Kandungan probiotik minuman itu yang tinggi dapat membantu meningkatkan penghadaman dan imun tubuh.

Ia juga mengandungi serat makanan dan bahan antioksidan yang baik untuk kesihatan kardiovaskular.

Tidak seperti minuman probiotik yang ada dalam pasaran sekarang, minuman itu boleh disimpan pada suhu bilik sehingga enam minggu.

Para penyelidik masih mengubah suai resipinya dan dijangka menjualnya dalam masa 12 hingga 18 bulan. 

Sumber : CNA/NU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan