Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Saintis NTU cipta bahan yang boleh dijadikan kertas, span

Satu pasukan saintis dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) berhasil untuk merubah debunga menjadi bahan yang lembut dan fleksibel. 

Anggaran Waktu Membaca:
Saintis NTU cipta bahan yang boleh dijadikan kertas, span
Diterbitkan : 23 Mar 2020 09:11PM Dikemas Kini : 23 Mar 2020 09:12PM

SINGAPURA: Satu pasukan saintis dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) berhasil untuk merubah debunga menjadi bahan yang lembut dan fleksibel.

Menariknya lagi, bahan mesra alam itu mungkin akan digunakan untuk menghasilkan kertas dan span kelak.

Proses kimia yang mudah, seperti cara digunakan untuk membuat sabun, merubah debunga bunga matahari kepada partikel mikrogel yang lembut.

Langkah tersebut membolehkan partikel digunakan untuk pelbagai bahan lain.

Memandangkan barang itu diperbuat daripada bahan alam semula jadi, ia tidak menyebabkan alahan atau tindak balas toksik apabila terdedah kepada tisu badan.  

Sumber : CNA/UR/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan