Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Saintis NTU cipta alat mudah alih kesan logam berat dalam air minuman

Para saintis di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) mencipta alat mudah alih yang boleh mengesan tahap pencemar logam berat yang amat rendah dalam air minuman dalam masa hanya lima minit.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Apr 2019 07:59PM Dikemas Kini : 15 Apr 2019 08:35PM

SINGAPORE: Para saintis di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) mencipta alat mudah alih yang boleh mengesan tahap pencemar logam berat yang amat rendah dalam air minuman dalam masa hanya lima minit.

Mutu air minuman selalunya diukur secara tepat dalam ujian-ujian makmal yang memakan masa sekurang-kurangnya sehari memastikan sama ada air selamat untuk diminum. Demikian menurut NTU dalam kenyataan media pada Isnin (15 Apr). Ujian makmal diperlukan kerana logam berat tidak boleh dikesan melalui warna, rasa atau bau kecuali pada tahap jumlah yang tinggi.

Bagaimanapun, alat ciptaan NTU menggunakan sejenis bahan organik yang terdapat dalam saluran darah manusia dipanggil agen chelating, yang mengesan ion logam berat.

Alat tersebut menggabungkan agen chelating dengan sistem ukuran optik dan boleh mengesan logam berat pada tahap yang sangat tepat dengan hanya beberapa titisan contoh air.

Ini bermakna, ia boleh mengesan tahap plumbum sekecil lima bahagian setiap bilion, lebih tepat daripada 10 bahagian bagi setiap bilion yang ditetapkan Akta Sekitaran Kesihatan Awam di Singapura.

Profesor Madya Yong Ken-Tye, salah seorang saintis yang membangunkan alat itu, berkata alat tersebut berupaya mengesan 24 jenis logam pencemar, seganda kapasiti pengesan air yang boleh didapati secara komersil.

Selain lebih berkesan, alat yang dicipta boleh digabungkan dengan peralatan dalam rumah seperti sistem penapisan air dan cerek elektrik.

Pasukan NTU itu sudah menubuhkan sebuah syarikat bernama Waterply untuk memasarkan alat berkenaan. Ia akan dijual pada harga $2,000 hingga $3,000 dan bakal terdapat di pasaran dalam masa dua, tiga tahun lagi.

Syarikat itu juga sedang bekerjasama dengan syarikat-syarikat tempatan lain untuk mengumpul lebih banyak data menggunakan alat itu untuk meningkatkan ketepatannya.

Waterply juga sedang bekerjasama dengan sebuah syarikat pemerintah China untuk membangunkan pengesan air generasi terbaru yang boleh menangani masalah pencemaran air.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan