Images
  • ntu astar drug delivery
    (Gambar: NTU dan A*STAR)

Saintis NTU, A*STAR bangunkan kaedah baru bagi pesakit takut disuntik

SINGAPURA: Jika anda takut disuntik, tidak lama lagi mungkin ada pilihan alternatif.

Ini kerana para saintis Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan A*STAR sudahpun menghasilkan satu alat yang membolehkan ubat diberikan menerusi kaedah yang kurang sakit.

Alat tersebut mula-mula disesuaikan mengikut ketebalan kulit pesakit sebelum dua magnet digunakan untuk mencubit sebahagian permukaan kulit.

Selepas sekitar dua hingga lima minit, liang pori kulit akan terbuka lantas membolehkan salap atau ubat diserap kulit dengan lebih berkesan.

Mendapatkan inspirasi daripada urutan tradisional Cina, alat itu membolehkan para pengguna menentukan tekanan yang digunakan sejajar dengan jumlah ubat yang boleh diberikan.

Meskipun lebih banyak lagi perlu dilakukan sebelum alat itu boleh dipasarkan, kajian tersebut membuka laluan kepada kaedah memberikan ubat tanpa rasa sakit seperti insulin untuk para pesakit kencing manis.

- CNA/RU/fz

Top