Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Saintis cipta kaedah baru campur konkrit untuk bangunan lebih tahan lama

Teknik baru mencampurkan konkrit boleh membuat bangunan tahan lebih lama dan juga memanfaatkan sisa kayu, demikian dikongsi para penyelidik dari Universiti Nasional Singapura (NUS) hari ini (12 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Saintis cipta kaedah baru campur konkrit untuk bangunan lebih tahan lama

Biochar, dibuat daripada sisa kayu. (Gambar: Vanessa Lim)

Diterbitkan : 12 Apr 2018 04:35PM Dikemas Kini : 12 Apr 2018 04:38PM

SINGAPURA: Teknik baru mencampurkan konkrit boleh membuat bangunan tahan lebih lama dan juga memanfaatkan sisa kayu, demikian dikongsi para penyelidik dari Universiti Nasional Singapura (NUS) hari ini (12 Apr).

Para penyelidik itu mendapati bahawa dengan mencampurkan simen bersama habuk gergaji yang dikitar semula yang diperbuat daripada sisa kayu ataupun lebih dikenali sebagai Biochar, proses percampuran konkrit atau campuran mortar, boleh diperbaiki sekali gus mengukuhkan lagi konkrit.

Ini kerana Biochar adalah bahan berliang yang sarat dengan karbon serta boleh menampung air dengan baik.

Melalui uji kaji yang dijalankan, para penyelidik mendapati bahawa kaedah mencampurkan konkrit baru itu boleh membina struktur yang mampu menahan berat tambahan sehingga 20 peratus berbanding yang dihasilkan kaedah yang lazim digunakan.

Ia juga berpotensi mengurangkan pengeluaran carbon oleh industri binaan yang buat masa ini membentuk lima peratus daripada pengeluaran karbon dioksida global iaitu punca utama perubahan iklim.

Menjangkaui manfaat-manfaat berkenaan, kaedah baru itu juga boleh menjadi salah satu huraian bagi sampah yang semakin bertambah di Singapura.

Tahun lalu, hanya 77 peratus daripada 424,100 tan sisa kayu yang dihasilkan di Singapura dikitar semula. Namun, dengan memanfaatkan Biochar, hampir 50 kilogram sisa kayu boleh dikitar semula bagi setiap tan konkrit yang dijana.

Para penyelidik kini berunding dengan sebuah syarikat tempatan untuk memperdagangkannya.

Mereka juga sedang berunding dengan agensi-agensi pemerintah untuk menggunakan kaedah tersebut bagi projek binaan tempatan.  

Sumber : CNA/SM/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan