Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Saifuddin perjelas tentang pertemuan antara Mahathir dengan Sultan Johor

Menteri Luar Malaysia Saifuddin Abdullah menafikan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk membincangkan isu berhubung Malaysia dan Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Saifuddin perjelas tentang pertemuan antara Mahathir dengan Sultan Johor

(Gambar fail: Facebook)

Diterbitkan : 10 Jan 2019 02:59PM Dikemas Kini : 10 Jan 2019 03:06PM

JOHOR BAHRU: Menteri Luar Malaysia Saifuddin Abdullah menafikan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk membincangkan isu berhubung Malaysia dan Singapura.

"Tidak, perdana menteri tidak akan membincangkan perkara itu dengan Sultan," kata Encik Saifuddin kepada Malaysiakini selepas hadir menyaksikan perlawanan antara Westport Dragons dari Malaysia dengan Alab dari Filipana di Kuala Lumpur malam tadi (9 Jan).

Beliau berkata demikian sehari selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Ehwal Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan berkaitan isu ruang udara dan maritim.

Awal dari itu, beliau menyifatkan pertemuan antara Malaysia dan Singapura sebagai "produktif" dan kedua-dua negara mencapai persefahaman dalam rundingan beberapa isu, lapor Malaysiakini. Kedua-dua negara bersetuju menggantungkan secara serentak pelaksanaan kawasan larangan (RA) oleh Malaysia dan pelaksanaan tatacara Sistem Pendaratan Alatan (ILS) oleh Singapura bagi Lapangan Terbang Seletar.

Penggantungan itu untuk tempoh sebulan.

Diminta media tempatan untuk mengulas tentang situasi selepas penggantungan itu, Encik Saifuddin pula berkata, ia bergantung kepada rundingan antara kedua-dua negara.

"Ada dua pasukan yang terlibat. Satu antara menteri pengangkutan antara kedua-dua negara, dan satu lagi antara Ketua Setiausaha Menteri Luar Muhammad Sahrul Ikram Yaakob dan Setiausaha Tetap Kementerian Luar Singapura Chee Wee Kiong.

"Apa yang penting sekarang kita mencapai persefahaman bahawa isu ini boleh dibincangkan. Ini menunjukkan persefahaman antara kedua-dua negara," katanya. 

Sumber : Agensi berita/BERNAMA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan