Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SAF manfaatkan analitik data, AI hasilkan strategi pertempuran lebih bijak

Memanfaatkan analitik data dan kecerdasan buatan (AI) bagi membolehkan strategi pertempuran lebih bijak dan berkesan di medan perang.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Sep 2021 08:39PM Dikemas Kini : 23 Sep 2021 09:44PM

SINGAPURA: Memanfaatkan analitik data dan kecerdasan buatan (AI) bagi membolehkan strategi pertempuran lebih bijak dan berkesan di medan perang.

Itulah yang ditampilkan dalam Exercise Forging Sabre yang disertai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di Idaho, Amerika Syarikat.

Pelbagai aset dikerahkan untuk para komander memantau musuh.

Di udara, Pesawat Tanpa Pemandu Heron 1 serta sebuah lagi dron yang kecil sedikit, meninjau keadaan medan perang dari ketinggian berbeza.

Dari darat pula, ada alat deria yang memastikan tugasan terlaksana.

Semua ini mengukuhkan keupayaan SAF semasa Latihan Forging Sabre yang diadakan buat kali kelapan.

Data risikan yang terkumpul kemudian dihantar balik ke sebuah pusat kawalan bersepadu.

Di sini pula, Sistem Maklumat Kawalan (CCIS) memproses data menggunakan AI dan analitik data.

Sistem itu juga membolehkan SAF mengerahkan semua jenis aset dan senjata termasuk pesawat pejuang.

Latihan di Idaho itu melibatkan sekitar 800 kakitangan angkatan udara dan darat SAF.

Sumber : CNA/AY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan