Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SAF lancar program maya bagi latihan kecergasan untuk NSmen

Mulai minggu depan, anggota kerahan Perkhidmatan Negara (NSmen) boleh melakukan latihan jasmani di rumah dengan pelancaran satu program maya bagi Latihan Peningkatan Kecergasan (FIT).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Jul 2021 02:15PM Dikemas Kini : 05 Jul 2021 10:06PM

SINGAPURA: Mulai minggu depan, anggota kerahan Perkhidmatan Negara (NSmen) boleh melakukan latihan jasmani di rumah dengan pelancaran satu program maya bagi Latihan Peningkatan Kecergasan (FIT).

Program FIT@Home itu akan memberi para NSmen pilihan untuk menghadiri sesi-sesi NS FIT secara maya atau fizikal di pusat-pusat kecergasan, menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF) hari ini (5 Jul).

Program NS FIT dilancarkan pada April. Dengan program itu, NSmen harus sama ada lulus Ujian Kecekapan Fizikal Individu (IPPT) atau selesai menjalani 10 sesi program NS FIT, termasuk satu percubaan IPPT. Ini sebagai menggantikan latihan persiapan atau pemulihan IPPT.

Maklum balas kepada program itu "sangat menggalakkan" dengan kebanyakan sesi latihan sudah ditempah penuh sejak ia dilancarkan, dedah MINDEF hari ini.

Sesi-sesi maya baru pula yang bermula Isnin depan (12 Jul), boleh menerima sehingga 45 peserta NSmen dalam setiap sesi. Ia akan dijalankan melalui "platform persidangan video komersil," tambah kementerian itu.

Kegiatan-kegiatan sewaktu sesi FIT@Home termasuk siri senaman metabolik dan aerobik, menurut MINDEF.

Setiap sesi FIT@Home akan berlangsung sekitar 60 hingga 75 minit dan dikira sebagai satu sesi NS FIT, sama seperti program-program NS FIT yang dijalankan secara fizikal. Akan ada dua sesi setiap hari kecuali pada hari Jumaat, di mana tiada sesi dijalankan.

Sekurang-kurangnya dua jurulatih kecergasan dari pusat-pusat kecergasan SAF akan hadir pada setiap sesi untuk memantau keselamatan para peserta dan memastikan prestasi mereka mencapai standard yang ditetapkan.

Para NSmen boleh mula membuat pendaftaran bagi sesi-sesi tersebut melalui portal NS mulai Rabu (7 Jul).

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan