Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SAF jalankan latihan batalion pertama sejak tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19

Sekitar 800 askar dari Batalion Ketiga Pengawal Singapura menyertai latihan penting untuk menguji tahap kesediaan mereka buat kali pertama sejak tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
SAF jalankan latihan batalion pertama sejak tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19

(Petikan video: MINDEF/Facebook)

Diterbitkan : 17 Oct 2020 08:53PM Dikemas Kini : 17 Oct 2020 10:19PM

SINGAPURA: Sekitar 800 askar dari Batalion Ketiga Pengawal Singapura menyertai latihan penting untuk menguji tahap kesediaan mereka buat kali pertama sejak tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19.

Ini sedang Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) mula mengadakan latihan berskala lebih besar secara beransur-ansur.

Kali terakhir askar-askar itu dinilai oleh Pusat Penilaian Latihan Tentera atau ATEC adalah sembilan bulan lalu. Bagaimanapun, askar-askar batalion tersebut masih kelihatan cergas dan bersedia untuk bertindak.

Namun, mereka perlu membuat penyesuaian di tengah-tengah pandemik buat masa ini.

Askar-askar berlatih dalam kumpulan lebih kecil semasa tempoh "circuit breaker" sebelum beralih kepada kumpulan lebih besar baru-baru ini. Teknologi juga dimanfaatkan bagi mengurangkan bilangan askar di satu-satu tempat.

Sesetengah anggota, seperti medik, perlu menjalani ujian COVID-19 kerana cenderung berhubung dengan pasukan-pasukan lain semasa latihan.

Meskipun berdepan dengan batasan sedemikian, askar-askar pengawal itu berhasil memelihara status elit mereka dengan mencapai gred kedua tertinggi dalam penilaian latihan mereka.

Sumber : CNA/ZM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan