Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SAF hantar bekalan kemanusiaan S$135,000 kepada mangsa gempa Taiwan

Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) mengirimkan bekalan bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa gempa bumi di Hualien, Taiwan hari ini (9 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Feb 2018 06:43PM Dikemas Kini : 09 Feb 2018 10:39PM

SINGAPURA: Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) mengirimkan bekalan bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa gempa bumi di Hualien, Taiwan hari ini (9 Feb).

Pakej bantuan bernilai S$135,000 itu terdiri daripada khemah-khemah, selimut, bekalan perubatan, barangan makanan dan lampu dinamo - yang boleh menjana tenaga elektrik - yang didermakan oleh SAF.

Ia diterbangkan ke Taiwan menggunakan pesawat C-130 milik Angkatan Tentera Udara Singapura (RSAF).

Buat masa ini, angka kematian akibat gempa bumi sekuat 6.4 pada skala Richter itu adalah 12 orang.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan