Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SAF bakal musnahkan bom peninggalan Perang Dunia Kedua di Jiak Kim Street

Pasukan Pemusnah Bom (EOD) Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan memusnahkan bom peninggalan Perang Dunia kedua, yang ditemui di tapak binaan di Jiak Kim Street. Operasi meletupkan bom itu akan dijalankan minggu depan. Demikian menurut polis dalam satu makluman pada Sabtu (16 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
SAF bakal musnahkan bom peninggalan Perang Dunia Kedua di Jiak Kim Street

Jiak Kim Street. (Gambar: Google Street View)

Diterbitkan : 16 Nov 2019 11:15PM Dikemas Kini : 17 Nov 2019 12:36AM

SINGAPURA: Pasukan Pemusnah Bom (EOD) Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan memusnahkan bom peninggalan Perang Dunia kedua, yang ditemui di tapak binaan di Jiak Kim Street. Operasi meletupkan bom itu akan dijalankan minggu depan. Demikian menurut polis dalam satu makluman pada Sabtu (16 Nov).

Pihak berkuasa dimaklumkan tentang bahan peninggalan perang tersebut kira-kira jam 2.30 petang pada 12 November lalu selepas ia ditemui semasa kerja-kerja penggalian dijalankan di tapak binaan tersebut.

Pasukan Pemusnah Bom SAF mengesahkannya sebagai bom udara Perang Dunia Kedua seberat 50 kilogram. Pasukan tersebut menilainya sebagai tidak selamat untuk digerakkan dan ia harus dimusnahkan di tapak berkenaan.

Operasi meletupkan bom itu akan dilakukan pada Isnin (18 Nov) antara 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

Polis menyatakan penghadang keselamatan sepanjang 200 meter akan dipasang sekitar bom peninggalan perang tersebut. Bunyi kuat boleh dijangkakan semasa operasi berkenaan dan orang ramai dinasihati agar tidak berasa cemas serta mengelakkan kawasan tersebut.

Polis juga menyatakan mereka sudahpun menghubungi penduduk dari kondominium berhampiran -Mirage Tower, Rivergate dan Tribeca by the Waterfront - yang perlu "mengosongkan buat sementara waktu" bangunan kediaman mereka.

Kakitangan dari hotel Grand Copthorne Waterfront juga akan memindahkan pelanggan mereka buat sementara waktu dari kawasan hotel yang terjejas oleh operasi tersebut.

Beberapa batang jalan raya dan sebahagian kawasan Sungai Singapura akan ditutup semasa tempoh pemusnahan bom dijalankan. Ini termasuk River Valley Green, Kim Seng Road dan Jiak Kim Street.

"Jangan memasuki kawasan-kawasan berkenaan semasa tempoh (operasi pemusnahan) tersebut," nasihat polis sambil menambah bahawa pihaknya akan menyediakan kemas kini di laman media sosial mereka apabila kawasan-kawasan yang terlibat dibuka semula. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan