Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sabah dan S'pura teroka kerjasama dalam pelancongan, perdagangan dan pendidikan

Singapura mahu terus memperkukuh hubungan ekonomi, perdagangan dan pelaburan dengan Sabah, khususnya dalam bidang pelancongan, pendidikan teknikal dan vokasional serta perdagangan dan pelaburan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Sep 2018 07:14PM Dikemas Kini : 08 Sep 2018 09:20PM

SINGAPURA: Singapura mahu terus memperkukuh hubungan ekonomi, perdagangan dan pelaburan dengan Sabah, khususnya dalam bidang pelancongan, pendidikan teknikal dan vokasional serta perdagangan dan pelaburan.

Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean yang kini dalam rangka lawatan tiga hari ke Sabah berkata bidang kerjasama tersebut antara perkara yang dibincangkan bersama Ketua Menteri Sabah Encik Mohd Shafie Apdal.

Dalam bidang pelancongan, DPM Teo berkata Sabah mempunyai produk pelancongan terbaik dengan terdapat pelbagai lokasi menarik ditawarkan kepada para pelancong termasuk di kawasan pantai timur Sabah.

Encik Mohd Shafie pula berkata Sabah mengalu-alukan kerjasama dalam sektor pelancongan yang mampu mengukuhkan hubungan ekonomi kedua-dua pihak.

Kerajaan negeri juga katanya optimistik untuk bekerjasama dengan Singapura dalam meneroka dan mempertingkat bidang pendidikan teknikal dan vokasional.

Menurutnya, banyak yang Sabah boleh pelajari dari Singapura dan meraih manfaatnya. 

Sumber : CNA/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan