Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura, Vietnam disenarai pendek bagi sidang kedua Trump-Kim

Singapura dan Vietnam adalah antara lokasi yang mungkin disenarai pendek bagi sidang puncak kedua antara Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un. Demikian menurut laporan media Korea Selatan pada Jumaat (11 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura, Vietnam disenarai pendek bagi sidang kedua Trump-Kim

Pertemuan antara Presiden AS Donald Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un mencipta sejarah. (Gambar: AFP/Saul Loeb)

Diterbitkan : 11 Jan 2019 01:49PM Dikemas Kini : 11 Jan 2019 01:53PM

SINGAPURA: Singapura dan Vietnam adalah antara lokasi yang mungkin disenarai pendek bagi sidang puncak kedua antara Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un. Demikian menurut laporan media Korea Selatan pada Jumaat (11 Jan).

"(Lokasi yang patut anda beri tumpuan) adalah seperti yang disebut oleh media, termasuk Vietnam, Singapura dan Hawaii," menurut seorang pegawai kementerian ehwal luar Korea Selatan kepada media Korean Herald.

"Namun Hawaii dikatakan lokasi yang kurang realistik kerana ia tidak mempunyai kedutaan Korea Utara di sana," laporan itu menukil seorang lagi pegawai.

Meskipun pemerintah Korea Selatan berharap agar sidang kedua diadakan di Zon Bebas Tentera di sempadan Panmunjom, seorang pegawai memberitahu Korean Herald bahawa ini berkemungkinan besar tidak akan berlaku.

Para pemimpin Korea Utara dan Korea Selatan mengadakan satu pertemuan di perkampungan aman itu pada April tahun lalu, hanya kali ketiga pertemuan sedemikian diadakan sejak tamatnya Perang Korea 1950-53.

Presiden Korea Selatan pada Khamis berkata sidang puncak Amerika Syarikat-Korea Utara yang kedua akan diadakan "tidak lama lagi".

Awal minggu ini pula dilaporkan bahawa para pegawai Jabatan Negara Amerika Syarikat baru-baru ini bertemu beberapa kali dengan rakan sejawatan Korea Utara mereka di Hanoi untuk membincangkan rancangan bagi sidang kedua AS-Korea Utara. Ini mencetuskan spekulasi bahawa ibu kota Vietnam itu mungkin menjadi tuan rumah bagi acara tersebut.

Presiden Trump kemudian memberitahu wartawan bahawa kedua-dua negara sedang "merundingkan lokasi" bagi sidang puncak kedua, dan ini akan diumumkan "mungkin dalam masa terdekat".

Sumber : CNA/TQ/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan