Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura umum langkah lebih ketat bendung COVID-19 bermula 8 hingga 30 Mei

Singapura kembali ke langkah-langkah COVID-19 Fasa 2 buat beberapa minggu akan datang di tengah-tengah peningkatan jumlah kes baru COVID-19 dalam masyarakat.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura umum langkah lebih ketat bendung COVID-19 bermula 8 hingga 30 Mei

Gambar fail. (Gambar: Reuters/Edgar Su)

Diterbitkan : 04 May 2021 08:09PM Dikemas Kini : 04 May 2021 08:10PM

SINGAPURA: Singapura kembali ke langkah-langkah COVID-19 Fasa 2 buat beberapa minggu akan datang di tengah-tengah peningkatan jumlah kes baru COVID-19 dalam masyarakat.

Menteri Pendidikan Lawrence Wong yang juga Pengerusi Bersama Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi COVID-19 mengumumkan demikian dalam satu sidang media secara maya lewat petang tadi (4 Mei).

Langkah-langkah itu akan dilaksanakan dari 8 Mei hingga 30 Mei.

Ini termasuk, jumlah orang yang boleh berkumpul dikurangkan kepada lima orang berbanding lapan orang sekarang ini.

Seperti yang dimaklumkan pada 30 April lalu, setiap individu dinasihatkan supaya mengehadkan perhimpunan sosial kepada dua kali sehari.

Jumlah pengunjung ke rumah setiap hari juga dikurangkan kepada lima orang.

Di tempat kerja pula, para majikan perlu memastikan bahawa jumlah pekerja di tempat kerja tidak melebihi 50 peratus iaitu lebih rendah berbanding 75 peratus pada masa sekarang.

Antara lain, gimnasium dan studio kecergasan akan ditutup dan tiada acara sukan yang diadakan besar-besaran akan dibenarkan sepanjang tempoh ini.

Majlis perkahwinan sehingga 250 tetamu bagaimanapun masih boleh dijalankan. Tapi ujian sebelum acara berlangsung perlu dijalankan bagi majlis yang melibatkan lebih 100 tetamu.

Kesemua pengunjung yang tiba di Singapura bermula 8 Mei, dengan sejarah perjalanan dari negara berisiko lebih tinggi, perlu menjalani Notis Jangan keluar Rumah (SHN) di kemudahan ditetapkan selama 21 hari.

Bagi pengunjung yang sedang menjalani SHN selama 14 hari dan masih belum menamatkannya menjelang 8 Mei, mereka harus menjalani tambahan SHN selama tujuh hari lagi.

"Jika kita lihat tempoh bagi pelaksanaan langkah-langkah ini, pendekatan yang diambil ini akan membawa kita kembali ke Fasa 2 buat beberapa minggu dari 8 Mei hingga 30 Mei. Ini bukan 'circuit breaker' (langkah pemutus rantaian jangkitan COVID-19)," tekan Encik Wong.

Beliau menambah: "Kami berharap tidak perlu menguatkuasakan satu lagi langkah pemutus rantaian jangkitan tetapi kami mengusulkan beberapa langkah yang ketat supaya kita dapat memberi tindak balas yang tangkas dan awal kepada penularan kelompok-kelompok baru dan membuat yang terbaik untuk menghentikannya awal dan mengurangkan kemungkinan perlunya menguatkuasakan langkah-langkah lebih ketat pada masa depan." 

Sumber : CNA/HK/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan