Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura ucap tahniah kepada PM Mahathir, Pakatan Harapan, alu-alukan hubungan dua hala lebih kukuh

Pemerintah Singapura mengutuskan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia yang ke-7, Dr Tun Mahathir Mohamad, yang baru sahaja dilantik sebentar tadi (10 Mei). 

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura ucap tahniah kepada PM Mahathir, Pakatan Harapan, alu-alukan hubungan dua hala lebih kukuh

(Gambar: Manan VATSYAYANA/ AFP)

SINGAPURA: Pemerintah Singapura mengutuskan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia yang ke-7, Dr Tun Mahathir Mohamad, yang baru sahaja dilantik sebentar tadi (10 Mei). 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Ehwal Luar, dengan pelantikan Dr Mahathir dan kemenangan Pakatan Harapan, rakyat Malaysia memberi kerajaan baru itu mandat yang jelas untuk memimpin Malaysia.

Malaysia merupakan jiran terdekat dan rakan penting Singapura, tambah kenyataan itu. Kedua-dua negara mempunyai hubungan yang erat dan kerjasama meluas bersama kerajaan sebelumnya, termasuk ketika Dr Mahathir menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri.

Singapura mengalu-alukan kerjasama dengan Dr Mahathir dan Kerajaan Malaysia yang baru untuk mengukuhkan lagi dan memperdalam hubungan dua hala, yang akan memanfaatkan rakyat kedua-dua negara, menurut MFA.  

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan