Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S’pura tolak dakwaan banduan warga Malaysia dijadikan sasaran hukuman mati

Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) menolak dakwaan-dakwaan yang mengatakan bahawa para banduan warga Malaysia dijadikan sasaran bagi hukuman mati. MHA menegaskan bahawa undang-undang Singapura "dikuatkuasakan secara adil terhadap semua" tanpa mengira kerakyatan pesalah.

Anggaran Waktu Membaca:
S’pura tolak dakwaan banduan warga Malaysia dijadikan sasaran hukuman mati

Gambar fail tukul kayu. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 15 Jul 2019 10:19AM Dikemas Kini : 15 Jul 2019 10:22AM

SINGAPURA: Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) menolak dakwaan-dakwaan yang mengatakan bahawa para banduan warga Malaysia dijadikan sasaran bagi hukuman mati.

MHA menegaskan bahawa undang-undang Singapura "dikuatkuasakan secara adil terhadap semua" tanpa mengira kerakyatan pesalah.

MHA menyatakan demikian sebagai respons terhadap laporan-laporan media Malaysia yang menuduh Singapura telah menolak rayuan pengampunan yang dikemukakan oleh para pesalah dadah warga Malaysia, yang dihukum mati.

Menjawab pertanyaan pihak media pada Sabtu (13 Jul), jurucakap MHA berkata semua warga asing yang mengunjungi atau menetap di Singapura mesti mematuhi undang-undang negara ini.

Jika mereka memilih untuk melanggar undang-undang negara, mereka mesti bersiap sedia untuk dihukum.

MHA menyatakan apabila seseorang pesalah dijatuhi hukuman mati, individu itu boleh mengemukakan rayuan untuk mendapatkan pengampunan daripada Presiden Singapura.

Presiden kemudian akan "meneliti setiap kes dengan teliti berdasarkan fakta dan bukti yang dikemukakan".

MHA turut menarik perhatian bahawa setiap negara mempunyai hak kedaulatan untuk memutuskan pelaksanaan hukuman mati, sambil "mengambil kira keadaannya".

Pada Jumaat lalu, media Malaysia melaporkan bahawa rayuan pengampunan yang dikemukakan oleh empat pesalah dadah warga Malaysia ditolak.

Hukuman itu akan dijalankan di Penjara Changi.

Sumber : Today/AI/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan