Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura tingkat usaha jadi hab fintech; 16 perjanjian bakal dimeterai

Singapura meningkatkan usaha untuk menjadi sebuah hab teknologi kewangan atau "fintech".

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Nov 2017 09:35PM Dikemas Kini : 14 Nov 2017 11:29PM

SINGAPURA: Singapura meningkatkan usaha untuk menjadi sebuah hab teknologi kewangan atau "fintech".

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) hari ini (14 Nov) mengumumkan beberapa daya usaha untuk membantu negara ini kekal di hadapan dan menjadi peneraju fintech.

Dengan sistem pembayaran mudah alih PayNow, warga Singapura boleh memindahkan wang kepada sesiapa saja di negara ini dengan hanya menekan nombor telefon bimbit seseorang.

Tidak lama lagi, mereka boleh berbuat serupa walaupun seseorang itu berada di Thailand.

Kerjasama itu hanyalah satu daripada 16 perjanjian antarabangsa yang akan ditandatangani MAS menjelang tamatnya festival fintech kali ini.

Selain itu, perjanjian-perjanjian tersebut turut meliputi perkongsian maklumat.

Beberapa inisiatif juga disasarkan untuk membantu institusi-institusi kewangan menjalankan operasinya dengan lebih berkesan.

Misalnya, MAS sedang meninjau usaha menjadikan peraturan lebih mudah untuk pihak bank.

Untuk menjadikan proses mengenali pelanggan lebih selaras, MAS sedang bekerjasama dengan bank-bank tempatan dan asing untuk meneroka pangkalan data pelanggan yang boleh dikongsi bersama.

Ini akan membantu industri tersebut mengesan kejadian pengubahan wang haram dengan lebih mudah.

Singapura juga sedang membangunkan beberapa daya usaha fintech rentas sempadan.

MAS sedang bekerjasama dengan Hong Kong bagi satu wadah kewangan rentas sempadan yang dijangka mula beroperasi pada 2019.

Ia juga akan bekerjasama dengan Bank of Canada bagi satu sistem pembayaran rentas sempadan. Satu rangkaian bagi inovasi kewangan di ASEAN turut sedang diusahakan.

Singapura berharap akan menjadi tapak bagi syarikat-syarikat pemula berinovasi dan meraih manfaat daripada peraturan serta pasaran modalnya.

MAS juga sedang menyemak Undang-undang Khidmat Pembayaran baru yang dijangka dikeluarkan minggu depan bagi sesi konsultasi. Ia menyatakan, pihak-pihak pengawal selia perlu mengubah peraturannya sedang syarikat-syarikat teknologi kewangan menjejas khidmat kewangan tradisional.

Sedang inovasi dalam sektor kewangan penting, bank pusat menyatakan matlamat utamanya adalah lebih besar daripada inovasi sendiri.  

Sumber : CNA/NF/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan