Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura tidak terjejas langkah lanjutan penarikan balik susu tepung Lactalis

Singapura tidak terjejas dengan langkah lanjutan menarik balik susu tepung yang dihasilkan syarikat Perancis, Lactalis.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Dec 2017 09:43PM Dikemas Kini : 22 Dec 2017 09:45PM

SINGAPURA: Singapura tidak terjejas dengan langkah lanjutan menarik balik susu tepung yang dihasilkan syarikat Perancis, Lactalis.

Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) menyatakan, berdasarkan rekodnya tiada import jenama-jenama yang terjejas itu.

Syarikat Lactalis pertama kali menarik balik 7,000 tan susu tepung awal bulan ini selepas lebih 20 bayi jatuh sakit.

Ia sekaligus mencetuskan kebimbangan jangkitan bakteria salmonela.

Langkah terbaru yang dilakukan semalam pula melibatkan 720 kelompok produk jenama itu yang dijual di Perancis dan juga luar negara.

Ini termasuk susu tepung dan bijiran bayi di bawah jenama Picot, Milumel dan juga Taranis.

Sebagai langkah berjaga-jaga, AVA sudah mengambil sampel produk susu jenama Lactalis yang lain untuk melakukan ujian keselamatan makanan. 

Sumber : CNA/RU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan