Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura tidak boleh terputus dari dunia untuk berkembang maju pasca COVID-19, tegas DPM Heng

Singapura mesti terus bersikap terbuka kepada dunia, meskipun negara ini sedang menyemak semula dasar-dasar pas kerja, menurut Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat pada Selasa (15 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura tidak boleh terputus dari dunia untuk berkembang maju pasca COVID-19, tegas DPM Heng

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat. (Gambar: Facebook/Heng Swee Keat)

Diterbitkan : 15 Sep 2020 11:37PM Dikemas Kini : 15 Sep 2020 11:41PM

SINGAPURA: Singapura mesti terus bersikap terbuka kepada dunia, meskipun negara ini sedang menyemak semula dasar-dasar pas kerja, menurut Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat pada Selasa (15 Sep).

Ini adalah sebahagian daripada bagaimana China dan ASEAN boleh mengambil kesempatan daripada globalisasi untuk saling meraih manfaat bersama, yang menurut Encik Heng lagi, adalah satu cara untuk membantu Asia berkembang maju di dunia pasca COVID-19.

DPM Heng berkata demikian semasa menyampaikan ucapan dasar di Forum Global FutureChina dengan tema Masa Depan Berdaya Tahan: Transformasi Pasca Pandemik & Peluang di China dan ASEAN.

COVID-19 sudah menjejas teruk rantaian bekalan dan permintaan ekonomi-ekonomi di China dan Asia Tenggara, menurut DPM Heng, sambil menambah bahawa para peniaga dan pekerja sedang berdepan dengan masa yang mencabar.

Sungguhpun demikian, DPM Heng menegaskan bahawa Asia berada dalam kedudukan yang baik untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi global dan beliau turut memperincikan bagaimana China dan ASEAN boleh saling bekerjasama untuk mewujudkan Asia sebagai "wilayah yang bertenaga" untuk syarikat-syarikat perusahaan, menjana pekerjaan dan menawarkan taraf kehidupan yang baik.

Menurut DPM Heng, negara-negara dunia mesti bersikap terbuka dan terhubung dengan dunia dan bersedia membuat penyesuaian supaya globalisasi akan memanfaatkan semua pihak, manakala Singapura pula mesti terus mengukuhkan ketersambungannya dengan rantau ini.

Dalam era "perubahan besar yang sangat ketara", syarikat-syarikat juga mesti mewujudkan kerjasama untuk bangkit lebih teguh daripada krisis ini, tambah DPM Heng.

Dalam persekitaran ekonomi yang serba tidak menentu, DPM Heng menekankan bahawa para pekerja berasa bimbang terhadap pekerjaan masing-masing dan manfaat ekonomi yang terbuka.

Beliau bagaimanapun menggesa negara-negara supaya menyusun semula ekonomi masing-masing dan menajamkan kemahiran para pekerja bagi memastikan globalisasi bermanfaat buat semua pihak, sambil menambah bahawa ekonomi yang terbuka dan saling terkait akan membolehkan negara-negara untuk bangkit semula dan berkembang maju.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan