Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura tidak boleh elak daripada teknologi jika ia mahu kekal relevan - DPM Heng

Singapura tidak boleh mengelak daripada teknologi jika ia mahu kekal relevan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Nov 2019 08:52PM Dikemas Kini : 30 Nov 2019 09:19PM

SINGAPURA: Singapura tidak boleh mengelak daripada teknologi jika ia mahu kekal relevan.

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata negara ini bukan sahaja harus sentiasa memastikan ia dapat mengikuti perubahan teknologi tetapi juga menguruskan risiko yang dibawa bersamanya.

Beliau bercakap kepada lebih 20,000 penduduk di satu pameran bergerak Negara Bijak.

Cik Rahimah Salimin, 65 tahun, sering membantu warga emas yang lain bagaimana untuk menggunakan telefon bijak serta aplikasi mudah yang sering beliau gunakan.

Beliau dalam kalangan lebih 700 Duta Negara Bijak yang mendekati masyarakat dalam inisiatif digital negara.

Mereka akan mengumpul maklum balas dan memberi tunjuk ajar bagaimana untuk menggunakan teknologi.

Ia adalah sebahagian daripada usaha menjadikan negara ini siap digital.

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata teknologi boleh menjadikan banyak pekerjaan dan kemahiran tidak relevan.

Para pekerja akan mendapati sukar untuk menyesuaikan diri di tempat kerja sekiranya mereka tidak bersiap sedia.

Ia juga boleh mewujudkan jurang digital baru antara mereka yang tahu menggunakan teknologi dengan yang tidak.

Satu lagi risiko adalah perlindungan data.

Encik berkata pemerintah sedang berusaha memperbaiki proses-prosesnya sendiri
dan mendidik syarikat-syarikat tentang cara-cara untuk melindungi data mereka. 

Sumber : CNA/RR/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan