Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura tetap dengan pendirian sifatkan ganja sebagai dadah terlarang

Pihak berkuasa menegaskan lagi pendiriannya bahawa ganja harus terus dianggap sebagai dadah terharam kerana ia memudaratkan kesihatan dan membuat individu yang mengambilnya ketagihan.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura tetap dengan pendirian sifatkan ganja sebagai dadah terlarang

(Gambar fail: Carlos Osorio/Reuters)

Diterbitkan : 13 Feb 2019 05:57PM Dikemas Kini : 13 Feb 2019 05:59PM

SINGAPURA: Pihak berkuasa menegaskan lagi pendiriannya bahawa ganja harus terus dianggap sebagai dadah terharam kerana ia memudaratkan kesihatan dan membuat individu yang mengambilnya ketagihan.

Beberapa pihak sebelum ini mengusulkan supaya penggunaan ganja dibenarkan di sisi undang-undang - selepas Thailand menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang meluluskan penggunaan ganja dalam bidang perubatan pada Disember lalu.

Namun, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kesihatan Singapura menekankan bahawa ganja mentah tidak sama dengan produk-produk farmaseutikal yang mengandungi bahan tersebut.

Menukil satu kajian pada 2015 oleh pakar-pakar dari Institut Kesihatan Mental, pasukan tersebut menarik perhatian bahawa tiada kajian yang membuktikan bahawa ganja yang belum diproses boleh mengubati masalah kesihatan.

Sebatian kimia dalam pokok ganja (cannabinoid) pula boleh menyebabkan pesakit terkena sawan dan epilepsi.

Produk-produk perlu diperiksa Penguasa Sains Kesihatan (HSA), sebelum pembekal dibenarkan membekalkannya di Singapura.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan