S'pura teraju usaha tambah bekalan dan permintaan pelaburan mesra alam sekitar
Pemerintah akan menerajui usaha untuk menambah bekalan dan permintaan bagi pelaburan hijau atau mesra alam sekitar.
SINGAPURA: Pemerintah akan menerajui usaha untuk menambah bekalan dan permintaan bagi pelaburan hijau atau mesra alam sekitar.
Menteri Kewangan Lawrence Wong berkata rangka kerja dan peraturannya akan disiapkan dan diuji menggunakan bon hijau yang ditawarkan pemerintah.
Selain itu, sebuah pejabat baru untuk menggalakkan usaha-usaha itu akan ditubuhkan.
Encik Wong mengumumkannya di pembukaan Persidangan Pelaburan dan Pembiayaan Mampan Singapura.
"Pejabat ini akan membuat rangka kerja dan bekerjasama dengan Badan-badan Berkanun bagi pembangunan program bon hijau serta melakukan usaha pendampingan industri dan mengurus hubungan dengan pelabur.
"Individu, SME dan syarikat-syarikat besar juga memerlukan akses kepada pembiayaan mampan.
"Lantaran itu MAS akan memudahkan penawaran instrumen kewangan yang mampan. Ia termasuk bon dan pinjaman 'hijau' dan mampan," kata Encik Wong.
Encik Wong juga berkata usaha membina keupayaan serta meluaskan pasaran kredit karbon adalah anak kunci utama bagi mengembangkan sektor kewangan hijau di Singapura.
Beliau turut menyebut beberapa cara untuk mempercepat peralihan kepada masa depan rendah karbon.
Ia termasuk takrifan yang jelas mengenai istilah 'hijau', serta mengadakan piawai sejagat bagi pendedahan dan membuat laporannya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.