Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura tarik perhatian dunia jadi tuan rumah beberapa acara bersejarah

Singapura menarik perhatian dunia tahun ini dengan menjadi tuan rumah beberapa acara bersejarah.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Dec 2018 07:02PM Dikemas Kini : 30 Dec 2018 09:19PM

SINGAPURA: Singapura menarik perhatian dunia tahun ini dengan menjadi tuan rumah beberapa acara bersejarah.

Para pakar yang ditemui berkata acara-acara ini mencerminkan kejayaan dasar luar Singapura dan sejajar dengan aspirasi kota ini menjadi bandar Geneva di Timur.

Jun tahun ini, suasana di hotel Capella Singapore agak berbeza sekali.

Singapura dengan bangganya menjadi tuan rumah kepada pertemuan para pemimpin Amerika Syarikat dengan Korea Utara.

Selepas pertemuan empat mata, mereka kemudian mengadakan perbincangan bersama delegasi masing-masing sebelum memeterai satu dokumen untuk menjadikan Semenanjung Korea bebas nuklear.

Acara itu menelan belanja sekitar S$16.8 juta namun harganya, menurut para diplomat veteran yang ditemui Mediacorp, tidak dapat dibandingkan dengan peranan dimainkan Singapura untuk keamanan dunia.

Menjadi tuan rumah kepada sidang puncak berskala besar sebegini juga membuktikan nilai negara di landskap antarabangsa dan keberkesanan dasar luar negara.

Profesor Tommy Koh menambah tiga kriteria penting mesti dipenuhi jika ingin mengadakan pertemuan berprofil tinggi.

Pertama adalah negara itu mestilah selamat, tidak berat sebelah dan mempunyai kemudahan sewajarnya.

Selain perihal logistik, para pemerhati menambah Sidang Puncak juga mesti menghasilkan keputusan yang substantif.

Inilah juga fokus Singapura semasa menjadi tuan rumah kepada Sidang Puncak ASEAN dan pertemuan berkaitan yang lain sebagai Pengerusi ASEAN 2018.

Para diplomat mengatakan untuk mendapatkan semua pihak sehaluan matlamat, memerlukan kemahiran yang berbeza.

Singapura selaku pengerusi ASEAN berjaya merintiskan jalan untuk menyepadukan ekonomi rantau ini.

Singapura juga menegakkan keadilan berdasarkan peraturan bagi berbagai pihak dan menggalakkan rantau ini untuk mengamalkan teknologi digital.

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan