Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura tarik balik telur dari ladang M'sia kerana bakteria Salmonella

 Agensi Makanan Singapura (SFA) mengarahkan beberapa pengimport untuk menarik balik telur-telur keluaran Lay Hong Berhad Layer Farm Jeram di Malaysia, selepas mengesan Salmonella Enteritidis (SE) di dalam telur-telur tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura tarik balik telur dari ladang M'sia kerana bakteria Salmonella

(Gambar fail: Fabrizio Bensch/REUTERS)

Diterbitkan : 13 Mar 2021 11:12AM Dikemas Kini : 13 Mar 2021 11:14AM

SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) mengarahkan beberapa pengimport untuk menarik balik telur-telur keluaran Lay Hong Berhad Layer Farm Jeram di Malaysia, selepas mengesan Salmonella Enteritidis (SE) di dalam telur-telur tersebut.

Salmonella Enteritidis mungkin menyebabkan penyakit bawaan makanan jika makanan itu diambil mentah atau tidak cukup masak.

"Ladang itu juga digantung dan SFA akan menarik balik penggantungan hanya bila ladang tersebut sudah menangani isu pencemaran SE itu," menurut agensi tersebut dalam satu kenyataan media pada Jumaat (12 Mac).

Telur-telur terjejas mempunyai kod ladang "CES008" dicap pada kulitnya.

Para pengimport itu adalah Ang Seng Eggs Supplier, Dasoon Pte Ltd, Heng Guan Food Industrial dan Lam Leng Trading Co.

Mereka yang sudah membeli telur-telur yang terjejas itu dinasihati memasaknya dengan betul sebelum makan.

Mereka yang sudah makan telur-telur itu dan berasa tidak sihat, patut mendapatkan rawatan perubatan, menurut SFA.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan