Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura tarik balik langkah pemutus jangkitan COVID-19 pada 1 Jun

Pasukan bertindak berbilang kementerian bagi COVID-19 mengumumkan pada Selasa (19 Mei) akan menarik balik langkah pemutus rantaian jangkitan apabila ia berakhir pada 1 Jun ini.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pasukan bertindak berbilang kementerian bagi COVID-19 mengumumkan pada Selasa (19 Mei) akan menarik balik langkah pemutus rantaian jangkitan apabila ia berakhir pada 1 Jun ini.

Ini memandangkan jumlah kes baru COVID-19 dalam masyarakat sudah merosot dengan banyak dan keadaan penularan di dormitori pekerja asing pula kian stabil.

Walau bagaimanapun, pembukaan semula kegiatan-kegiatan akan dilakukan secara berperingkat dan dibahagikan kepada tiga fasa.

Fasa pertama akan bermula pada 2 Jun dengan pembukaan semula lebih banyak syarikat-syarikat dalam sektor-sektor penting dan sekolah.

Keluarga terdekat seperti anak dan cucu juga dibolehkan menziarahi warga tua yang tidak tinggal bersama mereka.

Bagaimanapun, kunjungan itu tertakluk di bawah syarat-syarat ketat tertentu demi melindungi warga emas yang berisiko tinggi mengalami komplikasi sekiranya mereka dijangkiti COVID-19.

"Pertama kita akan membenarkan anak-anak untuk mengunjungi ibu bapa atau datuk nenek mereka sekali dalam sehari. Ini adalah untuk mengurangkan jumlah orang yang pergi ke rumah orang tua mereka," kata Menteri Kesihatan Gan Kim Yong.

"Setiap isi rumah dibenarkan untuk mengunjungi ibu bapa mereka setiap hari dan dihadkan kepada dua orang bagi setiap kunjungan. Kami juga tidak mahu keluarga besar, isi rumah besar untuk berkumpul di rumah orang tua mereka sebab ia akan menjadi sesak dan mengurangkan kemungkinan jarak selamat.

Bagi warga emas yang tidak mempunyai anak, kelonggaran diberikan kepada mereka untuk dikunjungi saudara-mara lain.

Setelah beberapa minggu fasa pertama dilaksanakan, pasukan bertindak berbilang kementerian akan mempertimbangkan untuk memulakan fasa kedua dan ketiga.

Pada fasa kedua dan ketiga, lebih banyak kegiatan dan perniagaan yang melibatkan orang awam yang ramai termasuk bagi tujuan-tujuan seperti keagamaan dan hiburan akan dibenarkan untuk disambung semula. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/IZ/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan