Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura setuju 'lanjutan terakhir' penangguhan projek HSR hingga 31 Dis

Singapura bersetuju kepada penangguhan terakhir projek kereta api laju HSR yang diminta Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 31 May 2020 09:21PM Dikemas Kini : 31 May 2020 09:29PM

SINGAPURA: Singapura bersetuju kepada penangguhan terakhir projek kereta api laju HSR yang diminta Malaysia.

Menurut Kementerian Pengangkutan (MOT), penangguhan tujuh bulan itu akan berlanjutan sehingga 31 Disember ini.

MOT menambah, Malaysia sudah meminta penangguhan tersebut baginya mengemukakan dan membincangkan perubahan kepada projek HSR itu.

Singapura bersetuju dengan permintaan itu atas "semangat kerjasama dua hala".

Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan berkata lanjutan penangguhan HSR itu harus memberikan Malaysia cukup masa untuk menjelaskan saranannya, bagi kedua-dua pihak menilai kesannya.

Encik Khaw menambah, projek HSR adalah rumit dan kedua-dua pihak harus yakin perubahan tersebut tidak akan merubah niat asal projek tersebut.

Beliau menarik perhatian meskipun pandemik COVID-19 menimbulkan kesukaran, perbincangan masih boleh dijalankan menerusi persidangan video.

Kenyataan Encik Khaw itu dibuat selepas Menteri Kanan Malaysia Azmin Ali mengumumkan bahawa kedua-dua buah negara akan menyambung semula rundingan mengenai HSR "dalam masa terdekat".

Encik Azmin menambah perbincangan itu akan merangkumi perubahan yang disarankan dalam aspek-aspek komersil dan teknikal projek tersebut.

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan