Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura seru AS, China bekerjasama tangani cabaran bersama

Singapura menggesa Amerika Syarikat dan China supaya bekerjasama dan memimpin usaha mengatasi cabaran global yang dikongsi bersama.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura seru AS, China bekerjasama tangani cabaran bersama

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 30 Nov 2021 09:00PM Dikemas Kini : 30 Nov 2021 09:01PM

SINGAPURA: Singapura menggesa Amerika Syarikat dan China supaya bekerjasama dan memimpin usaha mengatasi cabaran global yang dikongsi bersama.

Berucap di Kuliah S Rajaratnam, Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat menyeru kedua-dua negara supaya memanfaatkan sumber masing-masing demi memajukan perkembangan antarabangsa.

Menurutnya, ini akan membantu seluruh dunia untuk menangani krisis iklim dengan lebih baik dan mencapai Sasaran Pembangunan Mampan PBB menjelang tahun 2030.

Encik Heng berkata persaingan strategik antara AS dengan China menambah pada kerapuhan keamanan dan kemakmuran, di tengah-tengah pemulihan ekonomi global yang tidak menentu.

Namun kerjasama antara kedua-dua negara itu tidaklah mustahil.

Menurutnya, acara yang diadakan baru-baru ini seperti perisytiharan bersama COP-26 dan dialog Xi-Biden menunjukkan bahawa kedua-dua negara mahu menguruskan persaingan secara bertanggungjawab.

"Amerika Syarikat dan China bersaing apabila perlu tetapi penting untuk ada langkah-langkah perlindungan supaya ia dapat memastikan persaingan itu tidak tersasar sekaligus mencetuskan konflik.

"Selain persaingan, ia juga penting untuk mereka bekerjasama sewajarnya. Terdapat banyak bidang yang saling melengkapi dalam perkembangan kedua-dua ekonomi terbesar di dunia itu yang kini berada di peringkat perkembangan yang berbeza," kata Encik Heng.

Walaupun ia adalah penting bagi Amerika Syarikat dan China mencapai keseimbangan, Encik Heng berkata ini akan mengambil masa.

Sementara itu, beliau memberi amaran kepada kedua-dua negara itu supaya tidak membiarkan perasaan sangsi menghalang peluang bagi mencapai kemajuan bersama.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan