Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura serah pencalonan budaya penjajanya kepada UNESCO

Singapura sudah menyerahkan pencalonan untuk mengiktiraf budaya penjajanya sebagai Warisan Budaya Tidak Ternilai Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Mar 2019 02:20PM Dikemas Kini : 29 Mar 2019 12:10AM

SINGAPURA: Singapura sudah menyerahkan pencalonan untuk mengiktiraf budaya penjajanya sebagai Warisan Budaya Tidak Ternilai Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Dokumen-dokumen pencalonan diserahkan secara bersama oleh Lembaga Warisan Negara (NHB), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), Persekutuan Persatuan Pedagang Singapura (FMAS), kata para wakil pertubuhan-pertubuhan berkenaan dalam satu sidang media hari ini (28 Mac).

"Penyerahan dokumen-dokumen pencalonan merupakan satu detik penting dalam usaha Singapura untuk disenaraikan oleh UNESCO bagi mengiktiraf dan memelihara budaya penjaja yang tidak ternilai," menurut kenyataan dari tiga pertubuhan itu.

"Pencalonan yang berjaya akan menggambarkan penghargaan lebih besar kepada para penjaja kami di samping menunjukkan iltizam kami sebagai sebuah negara untuk melestarikan budaya penjaja bagi generasi-generasi akan datang," tambahnya.

Dokumen-dokumen yang diserahkan kepada UNESCO boleh dilihat di laman UNESCO dan laman tiga agensi berkaitan menjelang bulan Julai.

Bidaan tersebut termasuk surat-surat serta beberapa video yang menunjukkan sokongan masyarakat bagi pencalonan tersebut. Gambar-gambar yang disumbangkan oleh rakyat Singapura dan penyertaan yang dihantar bagi pertandingan fotografi #OurHawkerCulture, serta video sepanjang 10 minit turut disediakan bagi memberikan gambaran lebih baik tentang budaya penjaja di negara ini.

Pencalonan akan dinilai oleh enam pakar UNESCO yang mahir dalam pelbagai bidang warisan budaya tidak ternilai dan enam wakil daripada pertubuhan-pertubuhan bukan pemerintah yang bertauliah.

Mereka akan menilai permohonan Singapura berdasarkan lima kriteria, seperti, bagaimana ia memenuhi definisi budaya warisan tidak ternilai UNESCO dan bagaimana langkah-langkah sedia ada dan akan datang mampu memelihara budaya penjaja di negara ini.

Keputusan bagi pencalonan tersebut akan diumumkan pada hujung tahun depan. 429 warisan budaya tidak ternilai berada dalam senarai UNESCO buat masa ini.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan