Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura sedia bantu ASEAN harungi gelombang digital, kata Vivian Balakrishnan

Singapura selaku Pengerusi ASEAN, akan membantu rantau ini mengharungi gelombang digital dengan lebih baik lagi, sambil mewujudkan peluang-peluang perniagaan serantau.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 May 2018 08:48PM Dikemas Kini : 08 May 2018 09:52PM

SINGAPURA: Singapura selaku Pengerusi ASEAN, akan membantu rantau ini mengharungi gelombang digital dengan lebih baik lagi, sambil mewujudkan peluang-peluang perniagaan serantau.

Demikian ditekankan oleh Menteri Bertangggungjawab bagi inisiatif Negara Bijak, Dr Vivian Balakrishnan di sebuah persidangan teknologi.

Menurutnya, ada banyak yang boleh ditawarkan Singapura seperti pengalaman dan prasarananya.

Kini merupakan satu era bagi kenderaan tanpa pemandu dan penggunaan robot, serta mesin-mesin yang menggantikan pekerjaan manusia.

Namun, tidak semua pekerjaan yang hilang.

Dr Vivian Balakrishnan berkata manusia boleh mempelajari kemahiran baru untuk berkembang maju dalam era digital.

Sebagai contoh, Singapura sudah memberikan fokus terhadap beberapa inisiatif yang melengkapkan penduduknya dengan pengetahuan yang diperlukan untuk kekal relevan.

Anggota ASEAN turut boleh melakukan perkara yang sama.

Kebolehan Singapura dalam kedigitalan turut menyediakan suasana yang kondusif bagi mereka yang membawa pembaharuan dari rantau ini untuk menguji huraian.

Singapura merupakan sebuah negara di tengah-tengah Asia Tenggara, kita ingin menggunakan kedudukan ini bagi membolehkan, menguatkan dan berkolaborasi dengan jiran kita di ASEAN.

Dr Balakrishnan menambah sekiranya perkongsian yang terbuka dapat dicapai, ASEAN akan bersedia dengan lebih baik lagi bagi memanfaatkan gelombang digital. 

Sumber : CNA/UR/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan