Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura sambut kunjungan keluarga Britain yang diamanahkan simpan bendera lamanya

Dua bendera yang diamanahkan kepada mendiang Leftenan Kolonel Geoffrey Sherman pada tahun 1945, diserahkan semula kepada Tempat Santai Para Pegawai di Tanglin pada 2012 setelah kematian beliau.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Jan 2020 07:36PM Dikemas Kini : 03 Jan 2020 09:58PM

SINGAPURA: Dua bendera yang diamanahkan kepada mendiang Leftenan Kolonel Geoffrey Sherman pada tahun 1945, diserahkan semula kepada Tempat Santai Para Pegawai di Tanglin pada 2012 setelah kematian beliau.

Buat pertama kalinya, anak dan menantu pegawai tentera Britain itu berpeluang melihat bendera-bendera tersebut di tempat asalnya.

Bendera Gabenor Negara-negara Selat antara lain menampilkan tiga mahkota yang melambangkan Singapura, Pulau Pinang dan Melaka. Bendera kedua pula, iaitu Bendera Negara-negara Persekutuan Melayu, berkibar megah antara tahun 1895 hingga 1941.

Kedua-dua bendera diberikan kepada mendiang Leftenan Kolonel Sherman untuk dijaga dengan rapi setelah Jepun menyerah kalah pada 1945. Setelah kematiannya, bendera-bendera ini didermakan oleh keluarganya kepada Singapura pada 2012.

Lawatan Encik Nicholas Sherman dan isterinya, Cik Rosemary, disambut Menteri Negara Kanan Pertahanan Dr Mohamad Maliki Osman.

(Gambar: Dr Maliki Osman/Facebook)

"Ayah Encik Nicholas merupakan orang yang mengendalikan upacara penyerahan dan bendera-bendera ini diamanahkan kepadanya," jelas Dr Maliki.

Pernah satu ketika, bendera-bendera ini 'hilang' semasa banyak barangan diserahkan semula semasa masa aman. Mujur, ia 'muncul semula' pada 1960an. Pada ketika itu juga, keluarga Encik Nicholas mendengarkan kisah-kisah peperangan.

"Kali terakhir kami melihat bendera-bendera ini adalah ketika ia digantung dari bumbung rumah kami kerana ia sangat panjang. Tiada cara lain untuk mempamerkannya. Bendera-bendera ini juga pernah dikibarkan semasa upacara pengebumian ayah saya pada 2009," cerita Encik Nicholas.

Meskipun ayah Encik Nicholas tidak banyak berkongsi tentang zaman peperangan, mendiang menulis surat sepanjang 17 muka surat mengenai pahit getir zaman perang.

Bagi Encik Nicholas, lawatannya ke Singapura ini cukup menyentuh perasaannya. Kedua-dua bendera itu kini kembali semula ke negara asalnya Singapura. 

Sumber : CNA/SY/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan