S'pura sahkan 408 kes baru COVID-19; tiada jangkitan baru dalam masyarakat
Jumlah kes jangkitan COVID-19 di Singapura melepasi angka 35,000 pada Isnin (1 Jun), dengan 408 kes baru disahkan setakat tengah hari.
SINGAPURA: Jumlah kes jangkitan COVID-19 di Singapura melepasi angka 35,000 pada Isnin (1 Jun), dengan 408 kes baru disahkan setakat tengah hari.
Kes baru tersebut sekali gus membawa jumlah di negara ini kepada 35,292.
Semua jangkitan baru itu melibatkan pemegang pas kerja yang tinggal di dormitori pekerja asing dan berdasarkan siasatan, tiada kes dilaporkan dalam masyarakat, menurut laporan awal Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini hariannya.
Perincian lanjut akan diumumkan lewat hari ini, jelas kementerian itu.
Pada Ahad, Parkway Parade ditambah ke dalam senarai tempat awam yang dikunjungi kes COVID-19 semasa tempoh jangkitan mereka.
Senarai tersebut juga meliputi dua cawangan Don Don Donki dan cawangan NTUC FairPrice di Jurong Point, Pusat Beli-Belah Taman Jurong, Bukit Panjang Plaza, Hillion Mall dan Junction 8.
Tempoh pemutus rantaian jangkitan Singapura berakhir pada Isnin, dengan langkah-langkah ditarik balik dalam tiga fasa bermula esok (2 Jun).
Di bawah Fasa 1, perniagaan yang beroperasi dalam sekitaran dengan risiko penularan lebih rendah dibenarkan kembali beroperasi, dengan peraturan jarak selamat dilaksanakan.
Fasa 2 mungkin boleh bermula hujung bulan Jun jika jumlah penularan COVID-19 dalam masyarakat kekal rendah dan stabil, kata Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.