Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura peruntukkan S$40 juta untuk bina ekosistem 5G

Singapura memperuntukkan S$40 juta untuk membangunkan ekosistem 5G yang terbuka dan inklusif dan sedang menilai kelompok-kelompok seperti operasi maritim dan mobiliti bandar bagi meninjau potensi eksportnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Jun 2019 01:03PM Dikemas Kini : 27 Jun 2019 10:48PM

SINGAPURA: Singapura memperuntukkan S$40 juta untuk membangunkan ekosistem 5G yang terbuka dan inklusif dan sedang menilai kelompok-kelompok seperti operasi maritim dan mobiliti bandar bagi meninjau potensi eksportnya.

Dana tersebut akan digunakan untuk menyokong percubaan teknologi 5G bagi kegunaaan perusahaan, mewujudkan tapak ujian baru dan bagi kajian dan pengembangan (R&D) untuk bidang-bidang seperti keselamatan siber bagi rangkaian mudah alih generasi seterusnya.

Demikian didedahkan oleh Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran di pembukaan Innovfest Unbound di Marina Bay Sands pada Khamis (27 Jun).

Sebagai permulaan, Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) akan meneroka kelompok-kelompok seperti operasi maritim, mobiliti bandar, estet bijak, aplikasi pengguna dan pemerintah serta Industri 4.0.

Ia juga menarik perhatian kepada dua kerjasama industri bagi mempersiapkan pelaksanaan 5G yang dijadualkan pada 2020.

Undangan oleh IMDA dan PSA untuk meneroka penggunaan 5G bagi sektor maritim diberikan kepada Singtel dan M1 dengan tujuan untuk meninjau-ninjau bagaimana 5G boleh membantu PSA mempertingkatkan daya penghasilannya.

Ujian akan dijalankan di PSA Living Lab di Terminal Pasir Panjang mulai suku ketiga tahun ini bagi tempoh selama 18 bulan.

Satu lagi kerjasama adalah berhubung arena Industri 4.0. Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*STAR), JTC dan Singtel memeterai memorandum persefahaman (MOU) untuk menyediakan khidmat 5G di Pusat Pengilangan Semula dan Teknologi di Daerah Inovasi Jurong.

Syarikat-syarikat yang berpangkalan di Singapura boleh memanfaatkan dana 5G, dengan permohonan bagi dana tersebut dibuka sehingga Mei 2020.

Sebuah lagi syarikat telko setempat Starhub memberitahu Mediacorp ia juga berminat dan akan memohon bagi dana tersebut.

Bagi bidang R&D, agensi tersebut akan bekerjasama dengan Agensi Keselamatan Siber Singapura dan Yayasan Penyelidikan Nasional bagi menyokong usaha bagi keselamatan siber. Lebih banyak dana penyelidikan akan disalurkan untuk menyokong bidang-bidang seperti rangkaian perhubungan akan diumumkan pada satu tarikh kelak.

PEMBANGUNAN ESTET BIJAK

Pada Rabu, IMDA turut mengumumkan lapan projek yang akan diberikan geran bernilai S$1.5 juta di bawah Undangan bagi Huraian Inovatif (CFIS).

Agensi itu turut mengumumkan kerjasama dengan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan Frasers Property Singapore bagi CFIS estet bijak.

Pada Khamis, IMDA mengumumkan pihaknya akan menyemak semula Akta Urus Niaga Elektronik.

Ia akan mengkaji cara-cara untuk memberikan kepastian yang lebih jelas dalam penggunaan teknologi baru seperti biometrik dan kontrak bijak, tambahnya lagi.

Sesi mengumpul maklum balas awam bagi semakan tersebut dilancarkan pada Khamis dan akan diteruskan sehingga 27 Ogos ini, menurut agensi tersebut lagi.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan