Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura pertingkat kesediaan hadapi kemungkinan berlaku serangan

Singapura menyaksikan lebih banyak kes radikalisasi melibatkan kaum wanita dan para pegawai kumpulan seragam.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Dec 2017 07:14PM Dikemas Kini : 16 Dec 2017 09:13PM

SINGAPURA: Singapura menyaksikan lebih banyak kes radikalisasi melibatkan kaum wanita dan para pegawai kumpulan seragam.

Bagi memperkukuh pertahanannya terhadap kemungkinan berlaku serangan, Singapura membina kesediaan pasukan keselamatan dan masyarakat.

Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam berkata usaha-usaha ini akan berterusan tahun depan.

Serangan pengganas di Sepanyol, Mesir dan Britain meragut banyak nyawa tahun ini.

Bandar Marawi, Filipina pula kucar kacir apabila militan yang dikaitkan dengan ISIS cuba merampas wilayah itu.

Singapura sejauh ini terselamat daripada serangan sedemikian.

Namun negara ini disebut sebagai sasaran utama dalam penerbitan jihad, menurut Laporan Penilaian Keganasan Kementerian Ehwal Dalam Negeri tahun ini.

Kumpulan pengganas juga mengunakan propaganda online untuk menarik penyokong di Singapura termasuk video baru-baru ini yang menampilkan Megat Shahdan Abdul Samad, warga Singapura yang menjadi radikal.

Usaha sedemikian membawa kepada penangkapan lebih ramai individu yang menjadi radikal dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Hampir 80 warga Singapura ditahan di bawah ISA dalam kegiatan berkaitan pengganasan dalam tempoh 15 tahun lalu.

"Tempoh yang diperlukan untuk menjadi radikal semakin singkat, kini kadangkala ia hanya mengambil masa beberapa hari. Ini merupakan masalah di seluruh dunia termasuk Singapura," kata Encik Shanmugam.

"Masalah ini berkurangan di Singapura kerana kami menekankan keharmonian kaum dan agama sejak sekian lama dan sebahagian besar penduduk kita - semua kaum dan agama, menerimanya sebagai 'social compact' bagi Singapura."

Berdepan dengan ancaman dari luar dan di dalam sempadan, pihak berkuasa menyusun semula sistem dan meningkatkan keupayaan.

Lebih banyak tenaga manusia juga dikerahkan ke unit-unit yang boleh berdepan dengan penyerang bersenjata.

Bahkan, para pegawai sendiri dilengkapi dengan lebih banyak latihan bersenjata sejak April lalu.

Namun, orang awam boleh memainkan peranan lebih besar.

Bagi memastikan Singapura kekal harmoni, usaha-usaha ini akan dipertingkat dengan undang-undang lebih ketat tahun depan terhadap sesiapa yang menghasut dan mencetus kebencian dalam kalangan agama yang berbeza.  

Sumber : CNA/NU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan