Images
  • streaming budget
    Menteri Pendidikan Ong Ye Kung (Gambar: Mediacorp)

S'pura perlu terus tumpu pada matlamat jangka panjang, kata Ong Ye Kung

SINGAPURA: Menteri Pendidikan Ong Ye Kung berkata negara-negara kecil seperti Singapura harus terus menetapkan matlamat jangka panjang.

Ini dilakukan dengan mengambil kira kritikan utama terhadap demokrasi pada hari ini, bahawa ia dipacu oleh pertimbangan jangka pendek.

Beliau menambah Singapura kekal dinamik dan inovatif kerana ia melabur dalam program-program seperti pendidikan dan kajian, inovasi dan perusahaan.

Dalam ucapannya di persidangan Institut Pengarah Singapura ke-10 pada Rabu (11 Sep), Encik Ong berkata pelaburan terhadap pendidikan dan latihan penduduk, kajian dan pengembangan, serta menaikkan daya penghasilan adalah perkara-perkara yang wajar dilakukan.

Ini supaya syarikat-syarikat dan para pekerja mempunyai keyakinan untuk mendakap perubahan dan merebut peluang di luar.

Encik Ong juga menekankan Pemerintah tidak boleh memegang definisi kejayaan satu dimensi.

Keterangkuman, menurutnya adalah prinsip teras bagi semua strategi ekonomi sepanjang beberapa dekad, dan prinsip asas ini akan diteruskan di bawah kepimpinan 4G.

- CNA/HZ/tq

Top