Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura perlu tenaga kerja hijrahan penuhi permintaan khidmat masyarakat

Singapura memerlukan tenaga kerja hijrahan untuk memenuhi permintaan bertambah bagi khidmat masyarakat meskipun usaha mengambil pekerja tempatan sedang dipergiat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Aug 2021 07:47PM Dikemas Kini : 22 Aug 2021 09:00PM

SINGAPURA: Singapura memerlukan tenaga kerja hijrahan untuk memenuhi permintaan bertambah bagi khidmat masyarakat meskipun usaha mengambil pekerja tempatan sedang dipergiat.

Demikian menurut Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).

Misalnya, di MINDSville@Napiri yang menjaga golongan dewasa berkeperluan khas, lebih 60 peratus daripada 55 kakitangannya terdiri daripada pekerja hijrahan.

Menurut Pengarah MINDS, tidak mudah untuk mengambil pekerja rakyat tempatan untuk mengisi jawatan-jawatan di MINDSville@Napiri yang beroperasi 24 jam sehari.

Antara sebab-sebabnya adalah aturan kerja syif dan tugasan yang meletihkan dan membebankan emosi.

Sumber : CNA/ZM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan