Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura perlu siap sedia hadapi lebih banyak perubahan dunia pasca COVID-19: Lawrence Wong

Menteri Pendidikan Lawrence Wong berkata Singapura perlu bersiap sedia untuk menghadapi lebih banyak perubahan dalam dunia pasca COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Jan 2021 08:34PM Dikemas Kini : 25 Jan 2021 08:43PM

SINGAPURA: Menteri Pendidikan Lawrence Wong berkata Singapura perlu bersiap sedia untuk menghadapi lebih banyak perubahan dalam dunia pasca COVID-19.

Bercakap di persidangan Institut Pengajian Dasar (IPS), Encik Wong menyebut beberapa perubahan itu termasuk kesedaran yang lebih tinggi tentang tanggungjawab sosial.

Meskipun trend-trend digital akan terus rancak, Encik Wong percaya manusia masih mahu terus berinteraksi secara sosial antara satu sama lain dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan baru.

Melangkah ke hadapan, Encik Wong mengetengahkan tiga cara untuk mencorak semula dasar pemikiran dan gaya hidup warga Singapura.

Pertama menetapkan semula perpaduan sosial untuk membina masyarakat yang lebih adil.

Kedua, meningkatkan usaha mesra alam dan akhir sekali, mengukuhkan perpaduan sosial bagi mengatasi masalah-masalah secara bersama-sama.

Sumber : CNA/NZ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan