Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura perlu kekal di hadapan teknologi keselamatan - Teo Chee Hean

Menteri Kanan dan dan Menteri Penyelaras Keselamatan Negara Teo Chee Hean berkata disebabkan teknologi membentuk keselamatan global dan peperangan, Singapura perlu kekal di hadapan dan tidak ketinggalan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Jun 2019 08:59PM Dikemas Kini : 27 Jun 2019 09:56PM

SINGAPURA: Menteri Kanan dan dan Menteri Penyelaras Keselamatan Negara Teo Chee Hean berkata disebabkan teknologi membentuk keselamatan global dan peperangan, Singapura perlu kekal di hadapan dan tidak ketinggalan.

Beliau berkata demikian pada hari kedua Sidang Puncak Teknologi Pertahanan Singapura.

Beliau juga membincangkan topik-topik seperti kemajuan teknologi dan penggunaan kecerdasan buatan (AI) secara beretika.

Kenderaan gempur berperisai itu merupakan kenderaan SAF yang pertama menggunakan sistem digital sepenuhnya.

Ia menjadi contoh utama bagaimana SAF menggunakan teknologi AI untuk meningkatkan keupayaan serangannya.

Namun, kemajuan teknologi juga bermakna pihak tentera di seluruh dunia berdepan dengan ancaman musuh seperti peperangan bersifat bukan konvensional.

Ia termasuk serangan siber yang disasarkan terhadap institusi-institusi pemerintah dan penyebaran berita palsu.

Encik Teo menimbulkan isu-isu sedemikian dan bertanyakan tentang cara terbaik untuk menanganinya semasa menyampaikan ucaptama di Sidang Puncak Teknologi Pertahanan Singapura.

Satu perbincangan panel juga diadakan mengenai pelbagai senario bagi menggunakan kecerdasan buatan (AI) apabila prasarana penting diancam.

Wakil-wakil daripada pelbagai kementerian pertahanan seperti Jepun dan Amerika Syarikat akan menyertai hari terakhir perbincangan panel itu esok.

Sumber : CNA/HA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan