Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura perlu bangunkan sistem, pasukan kuat hadapi ujian; kata Chan Chun Sing

Rakyat tempatan perlu mempunyai sikap pengawasan bagi membina masa depan yang lebih baik dan mampan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Jun 2018 08:11PM Dikemas Kini : 06 Jun 2018 01:02AM

SINGAPURA: Rakyat tempatan perlu mempunyai sikap pengawasan bagi membina masa depan yang lebih baik dan mampan.

Bagi tujuan itu Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Chan Chun Sing berkata Singapura perlu membangunkan sistem-sistem dan pasukan yang mampu menghadapi ujian.

Berucap di persidangan Ecosperity kelima, Encik Chan berkata Singapura perlu membina pasukan yang kuat bagi mewujudkan keadaan sekitaran yang lebik baik bagi generasi akan datang.

Ini termasuk menarik mereka yang mempunyai nilai-naik yang tepat menyertai perkhidmatan awam dan mereka perlulah boleh bekerja sebagai satu pasukan.

Integrasi sosial juga merupakan satu lagi faktor bagi mewujudkan masa depan yang mampan.

Dalam hal itu, Encik Chan berkata, satu caranya dengan memperelok reka bentuk flat-flat perumahan awam agar para penduduk dari pelbagai latar belakang ekonomi dapat bergaul lebih baik.

Encik Chan selanjutnya berkata langkah mengukuhkan bekalan daya tenaga Singapura merupakan satu lagi aspek penting bagi pertumbuhan mampan.

Pada masa ini, penjanaan tenaga elektrik di sini menggunakan 95% gas asli yang diimport.

Namun, kemajuan dalam bidang teknologi boleh membantu Singapura untuk kurang bergantung kepada pihak luar bagi membekalkan tenaga elektriknya.

Singapura juga sedang meninjau aspek penyimpanan daya tenaga. 

Sumber : CNA/UR/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan